info
fb
About Me
Home
Kalau anda baik hati klik la iklan ni


BATUK KERING a.k.a TUBERKULOSIS

hai reader....camat pagi....hari nie sarah nk terangkan penyakit Tuberkulosis atau lebih dikenali dgn penyakit TB...sebenarnya sarah baru tau penyakit nie...okey kte mulakan skarang k
TB a.k.a BATUK KERING
Batuk kering atau Tuberkulosis adalah jangkitan bakterium Mycobacterium tuberculosis,yang biasanya menyerang paru-paru(TB pulmonari) juga mampu menyerang sistem saraf tunjang (meningitis),sistem limfatik,sistem peredaran atau "circulatory system" (TB miliari), sistem genitourinari,tulang,sendi dan lain2...

TANDA DIHIDAPI PENYAKIT
  • Batuk berdarah atau berkahak
  • Sakit dibahagian dada
  • Lemah dan keletihan
  • Susut berat badan
  • Kehilangan selera
  • Menggigil
  • Demam
  • Berpeluh waktu malam
  • Batuk berpanjangan
CARA BATUK KERING MEREBAK
Batuk kering boleh merebak melalui udara.Apabila penghidap batuk kering atau bersin.Mereka mengeluarkan bakteria dlm udara akan dihidu org sekeliling.
Apabila seseorg menghidu bakteria batuk kering,bakteria tersebut akan bertapak di dalam paru2 dan membesar serta bergerak melalui darah kpd buah pinggang,tulang belakang dan otak.

CARA MENGESAN BATUK KERING
Penyakit ini boleh dikesan dgn membuat ujian ujian kahak yg dilakukan di klinik kesihatan atau hospital.Selain itu juga boleh dikesan dgn x-ray dada.

RAWATAN
  • Rawatan perlu diambil selama 6 bulan.
  • Ubat hendaklah diambil dibawah pengawasan petugas kesihatan terlatih sepanjang rawatan.
  • Rawatan harian untuk 2 bulan pertama diikuti 2 kali seminggu selama 4 bulan.
  • Sekiranya rawatan diikuti sepenuhnya pesakit dpt sembuh.

CARA PENCEGAHAN
  • Suntikan BCG dpt melindungi kanak2 drpd batuk kering.Ia diberikan semasa bayi dan murid darjah 1 sekiranya tiada parut suntikan.
  • Mendpt rawatan segera sekiranya batuk berpanjangan selam 2 minggu atau lebih.
  • Ahli keluarga dan orang berdekatan dgn pesakit dinasihatkan mendapat pemeriksaan lanjut.
  • Pastikan rumah anda menerima cahaya matahari secukupnya kerana ia dpt membunuh bakteria di udara.
  • Membuka tingkap rumah untuk pengudaraan yg baik.
  • Amalkan gaya hidup sihat dan pemakanan yg seimbang.
P/S: sampai disini jew la dulu sarah nk berkongsi...hope dgn adenye entry nie dpt beri sedikit sebanyak pengetahuan tentang penyakit ini...nk tau lebih lanjut sila rujuk doktar....
k la all smpai sini jew la dulu....entry nie ditujukan tok semua individu....x kira siapa pown....hope dgn adenye entry nie u all lebih peka dgn segala penyakit....t sarah wat entry lain lak k.....assalamualaikum n salam sejahtera semua.... :)
➳♥ terima kasih daun keladi,ade mase baca lagi k..and jangan lupa like..=♥

2 Prince n Princess sedang komen:

armouris said...

lagi info tentang senggugut di SIHAT SELALU - Soal-jawab Senggugut

Pwincess sarah said...

okey..thanx for info k.. :)