info
fb
About Me
Home
Kalau anda baik hati klik la iklan ni


KaNsEr OtaK

otak...otak....otak....otak an makanan zomba...zombie...ngeh~(kidding saje)
assalamualaikum w.b.t
hari nie sarah nk jadi doktar lagi tau.. ....hehe..
sarah nk jelaskan tentang barah otak/kanser otak

PENGENALAN

Barah otak merujuk kepada sebarang jisim yang terhasil akibat ketumbuhan luar biasa atau pertumbuhan luar kawal sel yang terdapat pada otak(neuron,sel glial,sel epithelial,sel penghasil myelin dan sebagainye)atau sel tumor yang merebak(metastasis)dari tempat lain.Barah otak biasanya terletak diposterior ketiga otak kanak2 dan dua pertiga anterior otak pada orang dewasa.

JENIS KANSER OTAK
  • Supra tentoria (bahagian atas otak)
  • Infra tentoria (bahagian bawah otak)
kanser pada Bahagian atas otak.
  • Astrocytoma (ketumbuhan otak yang bukan berasal dari sel2 saraf)
  • Craniopharngioma (berasal dari saki baki rather)
  • kanser kelenjar pinea.
Kanser pada bahagian bawah otak.
  • Infra tentorial
  • Medulloblastoma (belakang otak)
  • Cerebellur astrocytoma (ketumbuhan pada serebrum)
  • Brain stem glioma (pangkal otak)
  • Ependymoma (ketumbuhan serebral yang berasal daripada sel-sel ependimal slia.Ia menyekat cecair serebrospina dan menyebabkan hidrosefulus) jenis yang paling kerap berlaku.
PUNCA ATAU FAKTORNYA
  • Genetik atau keturunan(kemungkinan salah satu ahli keluarganye pernah menghidap barah ini).
  • Radiasi pada otak.
  • Pesakit AIDS,leukimia dan kegagalan buah pinggang....(virus 'papova' semasa hamil.memberi resiko kpd anak yang akan dilahirkan)
TANDA-TANDA/SIMPTOM

Pada peringkat bayi:
  • Proses pertumbuhan yang tidak normal (tidak boleh merangkak walaupun berusia 6 bulan).
  • Hydrocephalus (kepala besar) kerana meningkatnya tekanan pada kepala.
  • Ubun-ubun membengkak,bayi akan gelisah,tidak bermaya dan kurang menyusu.
Pada peringkat awal kanak2:
  • Mengadu sakit kepala berulang-ulang.
  • Kelihatan letih dan tidak bertenaga.
  • Prestasi pembelajaran menurun.
  • Lebih menderita kerana tekanan dalam otak semakin tinggi.
Peringkat lewat:
  • Koma.
  • Boleh pengsan.
Simptom yang lebih ketara:
  • Sakit kepala yang lebih teruk pada bahagian depan dan tepi kepala
  • Muntah yang memancut dan sakit kepala pada awal pagi
  • Sawan boleh berlaku,contohnya kejang pada tangan
  • Kabur penglihatan
  • Kanak-kanak yang menderita pada bahagian infratentoria tidak dapat berdiri atau berjalan dengan stabil
  • Sekiranya kanser merebak pada brain stem (pangkal otak) kanak-kanak akan mengalami
  • Gangguan pada pertuturan
  • Sistem pernafasan terganggu
  • Lemah anggota badan
  • Gangguan pada fungsi-fungsi saraf otak


LANGKAH2 PENCEGAHAN DAN RAWATAN

  • Pengawasan dari ibu bapa dapat membantu pengesanan kanser otak di peringkat awal sekiranya terdapat kanak-kanak sering mengadu sakit kepala.
  • Melakukan rawatan Perubatan Elektronik.(keistimewaannye ialah mampu memperbaiki sistem saraf tunjang otak secara semulajadi sehingga ia boleh berfungsi dengan lebih efisien....Fungsi lain mampu membunuh sel kanser benigna ataupun malignan dan mampu mengecutkan ketumbuhan otak secara semulajadi sehingga ‘central nervous system’ dan sel neuron berfungsi seperti sediakala.Rawatan ini memerlukan DNA pesakit)

➳♥ terima kasih daun keladi,ade mase baca lagi k..and jangan lupa like..=♥

4 Prince n Princess sedang komen:

nuyui a.k.a miss NUSHA said...

info yg berguna dear..

Pwincess sarah said...

hehe....thanx kak.. :)

Acai said...

wahhhhhhhhhhhh,..bleh jwb exm cm gini

Pwincess sarah said...

Acai> hehe..insyaallah boleh.. :D