info
fb
About Me
Home
Kalau anda baik hati klik la iklan ni


TEKANAN DARAH RENDAH (HIPOTENSI)



Tekanan Darah Rendah

Tekanan darah rendah (hipotensi) adalah keadaan tekanan darah yang lebih rendah dari tekanan yang diperlukan oleh tubuh, sehingga setiap organ dari badan tidak mendapat aliran darah yang cukup dan menyebabkan timbulnya gejala hipotensi. Tekanan darah seseorang adalah berbeza. Ini kerana ia membabitkan kawalan utama otak, jantung, buah pinggang dan ransangan di dalam salur darah.

Faktor Yang Mempengaruhi Tekanan Darah Rendah

Dalam menentukan seseorang itu menghidap tekanan darah, terdapat beberapa faktor yang boleh membantu iaitu:-
  • Usia
  • Aktiviti Seharian
  • Ubatan
  • Pendarahan
  • Perasaan
  • Infeksi
Kebiasaannya orang yang selalu dikaitkan dengan penyakit tekanan darah rendah adalah dari golongan atlet dan pengamal diet. Mereka jarang terdedah kepada beberapa jenis penyakit seperti:-
  • Stroke
  • Penyakit jantung
  • Penyakit pada mata
  • Pengerasan dan penyempitan pada pembuluh darah
Gejala Tekanan Darah Rendah

Bagi penghidap tekanan darah rendah, mereka tidak akan menunjukkan tanda mereka mempunyai penyakit tekanan darah rendah. Mereka akan menunjukkan gejala atau tanda-tanda awal seperti:-

  • Cepat lelah
  • Pening kepala ketika posisi badan berubahSukar untuk berkonsentrasi
  • Mata berkunang-kunang
  • Mual
  • Kulit berasa dingin, pucat dan lembap
  • Pernafasan cepat dan pendek
  • Defresi
  • Cepat haus

Sekiranya seseorang itu hendak hamil, mereka digalakkan untuk membuat pemeriksaan terlebih dahulu sebelum hamil. Ini kerana ia adalah untuk mengelakkan berlaku komplikasi pada bayi itu nanti.

Penyebab Tekanan Darah Rendah
  • Terlalu lama berada dibawah sinaran matahari atau suhu panas,kehamilan,terlalu lama berbaring kerana sakit,usia makin tua
  • Dehidrasi yang mengurangkan kandungan cecair dalam badan seperti kes muntah yang teruk dan cirit-birit. kurang munum air
  • Keadaan otot yang lemah
  • Mengalami anemia, infeksi berat, gangguan jantung, gangguan sistem saraf pusat ,gangguan endolrin( termasuk hipotiroid, hipertiroid, diabetes dan kadar gula dalam darah rendah )
P/S : Info ini cuma untuk dikongsi dan dibuat rujukan ...jika mengalami simptom2 sebegini or mengalami masalah sebegini anda dinasihati untuk pergi berjumpa doktar bagi penerangan dan rawatan selanjutnye....terima kasih... semoga info ini dapat membantu... n_n

➳♥ terima kasih daun keladi,ade mase baca lagi k..and jangan lupa like..=♥

0 Prince n Princess sedang komen: