info
fb
About Me
Home
Kalau anda baik hati klik la iklan ni


selamat hari raya ...!!

Assalamualaikum
hai..sarah nak ucapkan selamat hari raya kepada semua rakan blogger,,,
raya..raya jugaaaaaaa k...ingat la owg yg tersayang..
yang memandu too berhati2 dijalan raya k..
selamat hari raya..



➳♥ terima kasih daun keladi,ade mase baca lagi k..and jangan lupa like..=♥

Pabila Satu Family Berkumpul...Apekah yang akan terjadi???

Assalamualaikum,
hai..hai...ape yang akan terjadi..huhu


nampakkan apa yang terjadi...
dah jadi cam cyber cafe dah rumah nie..
haha..
masing2 mengadap laptop jew an..
wee...~
haha..
collect..collect... 1 jam 2 inggit..
pat bayar...
huhu..
i like situasi sebegini..

Tadi sarah pi kota pi cari barang2 tok raya sikit...wow..!!..jalan memang jem la...at kip mart tadi mmg susah nak jalan...almaklum  la kan ...lusa dah nak rayakan,.alhamdulillah la esok last pose..and sarah dapat pose penuh taun nie..insyaallah..tggal besok jew..yeeeaaahhhhh...!!! lusa dah raya...!!!... MERDEKA!!!...MERDEKA!!!...MERDEKA!!!!... raya... lalala~ :D

➳♥ terima kasih daun keladi,ade mase baca lagi k..and jangan lupa like..=♥

x tau nak kata apa2...1...2...3...action..!!

kamera 1.....
scrolllllllling.......action...!!!

persembahkan drama music ter....ter...ter..ape ek...hehe
terapa2 jew la...
(bukan drama la..haha)
dah..dah..dah...
ape la yang sarah melalutkan ...
sebenarnye sarah nak perdengarkan lagu dari Cherrybelle nie
bukan buah ceri tau..hehe
meyh dengar and tengok video nie..

(If korang nak dengar tanpa gangguan music kat blog sarah nie..stop an jew k..)

Selamat berhibur semua and selamat hari raya..(tggl bape hari jew lagikan.. )

P/S: Alahai..x sabarnye nak raya..huhu...tapi x leh raya sakan la taun nie...huhu...just ala kadar jew...

➳♥ terima kasih daun keladi,ade mase baca lagi k..and jangan lupa like..=♥

yeaahh..dapat kad raya dari kak nurul..huhu;.

Assalamualaikum.
hai ho semua..
for kak nurul adik dah dapat dah kad raya yang kaka antar too..
time kasih ea kaka..

nak tengok buktinye..
jeng..jeng..jeng..


 hah!!! itu dye...dah nampak kan..kan..kan..
haha.. i like... :) 
thanx kaka nurul...
sayang kaka...
and selamat hari raya maaf zahir dan batin..
raya jemput la datang umah ea.. :)



➳♥ terima kasih daun keladi,ade mase baca lagi k..and jangan lupa like..=♥

21 ramadhan...

Assalamualaikum,
hai ..
selamat malam korang..
x terasakan dah masuk 21 ramadhan dah..
lagi bape hari lagi ek nak raya...
hah..bape hari lagi...
ala..korang kira la sendiri..hehe
yang penting sarah x sabar nak raya...
sebab ape..
sebabnye...semua family sarah balik taun nie...
uhuhu...happy seyh..
ukan senang kan nak kumpul 1 family..
masing2 dah berkeluarga..
dah busy semuanye...
susah dah nak balik..
pape pown taun nie mesti best la..
MerDEka RaYa pulak too..hehe..
i like.. :D


➳♥ terima kasih daun keladi,ade mase baca lagi k..and jangan lupa like..=♥

Menghidupkan 10 Malam Terakhir Ramadhan..#2

Entry yg berkaitan:  Menghidupkan 10 Malam Terakhir Ramadhan..#1

Menghidupkan malam Qadr mempunyai fadilat yang amat banyak kerana Allah SWT menjadikan malam itu lebih baik dari seribu bulan. Sebagaimana diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
Sesiapa yang berpuasa dengan penuh keimanan dan keikhlasan akan diampunkan dosanye yang telah lalu dan dosanya yang akan datang,sesiapa yang menghidupkan Qiyamullail dengan penuh keimanan dan keikhlasan akan diampunkan dosanya yang telah lalu yang akan datang.
Dosa itu merangkumi sama ada dosa kecil ataupun dosa besar. Tetapi pendapat yang terkenal mengenai hadith ini menunjukkan kepada dosa kecil sahaja yang akan diampunkan. Dosa besar tidak akan diampunkan kecuali dengan taubat nasuha serta memenuhi syaratnya iaitu menyesal di atas perbuatan itu, berazam tidak tidak akan mengulangi untuk melakukan dosa dan memulangkan hak sesiapa yang diambil. Imam Nawawi berkata: Telah maklum bahawa pengampunan dosa hanyalah untuk dosa-dosa kecil sahaja.

Qiyamullail
Menghidupkan malam Qadr boleh dilakukan dengan mendirikan solat terawikh, membaca Al-Quran, bertahajjud, berzikir dan berdoa.
Solat adalah merupakan bekal. Bila dilakukan di keheningan malam, maka ia semakin memperkaya bekal. Bangun pada waktu malam merupakan mujahadah untuk memperkuat tekad dan kehendak, mengalahkan syaithan, dan melatih jiwa untuk tunduk kepada Allah. Zikir kepada Allah dan membaca tasbih pada waktu malam merupakan santapan ruhani dan bekal bagi ruh serta hati.
Setiap kita pernah melakukan dosa dan tidak sempurna dalam melakukan kewajipan. Kerananya sangat tepat bila kita mengetuk pintu Allah pada waktu sahur untuk meminta keampunan dan rahmatnya. Sebab waktu itu adalah merupakan saat terkabulnya doa. Doa pada waktu malam yang paling menyenangkan dan paling afdal; di tengah malam yang hening seorang hamba merendahkan diri untuk meminta kepada Tuhannya, agar memperkenan permintaannya.
Abu Umamah ra. telah berkata bahawa seseorang bertanya telah bertanya; "Wahai Rasulullah, do'a apakah yang paling didengar oleh Allah? Rasulullah menjawab: Doa di malam yang terakhir dan di setiap solat wajib." [HR Muslim]
Doa pada waktu sujud itu amat penting, kerana waktu sujud adalah detik seseorang dekat dengan Tuhannya. Oleh itu, sangat tepat bila seorang Muslim bersungguh-sungguh berdoa saat itu. Dari Abu Hurairah ra., bahawasanya Ar-Rasul saw. bersabda: Sedekat-dekat hamba tuhan pada tuhannya adalah saat ia bersujud, kerana itu perbanyakanlah berdo'a (waktu sujud.) [HR Muslim, Abu Dawud dan An-Nasa'i]
Dari Abu Hurairah ra. bahawasanya Ar-Rasul saw. bersabda: Ketika malam sudah sampai sepertiganya yang terakhir, Allah turun ke langit dunia lalu berkata: Siapa yang berdoa kepadaku akan Aku perkenankan,dan siapa yang memohon ampunku,akan aku ampuni.[HR Bukhari dan muslim]
Apakah patut kita menunda-nunda dan bermalas-malasan setelah janji yang menggiurkan seperti itu? Andai kata diumumkan kepada manusia: sesiapa yang datang pada malam tertentu, akan mendapat harta, daging segar, atau kekayaan dunia lainnya, tentu mereka akan segera datang dan berebut-rebut.
Rumah yang selalu dihidupkan dengan qiyamullail adalah rumah yang selalu dikunjungi malaikat, diliputi rahmat, dan dipenuhi kebahagiaan yang hakiki.
Hal yang dapat membantu kita untuk melakukan qiyamullail ialah:
  • Keikhlasan niat,
  • Memperkuat tekad,
  • Memperbaharui taubat,
  • Menghindari maksiat pada siang harinya,
  • Segera tidur,
  • Melakukan tidur siang hari, dan
  • Memohon bantuan dari Allah SWT.
Malam itu tidak ditetapkan dan ditentukan masanya, bahkan cuma diberitahu secara umum pada sepuluh malam yang terakhir yang terdiri dari malam-malam ganjil bulan Ramadan.
Ubadah bin al-Samit berkata bahawa pada suatu malam ar-Rasul saw. keluar untuk memberitahu kami mengenai malam Qadr. Tiba-tiba dua orang Islam sedang bertelagah. Lalu baginda bersabda, maksudnya:
Saya keluar untuk memberitahu kamu mengenai qiyamullail. Tiba-tiba sipolan dan sipolan telah bertelagah, lalu diangkat malam itu. Boleh jadi ianya lebih baik bagi kamu. Oleh itu carilah ia pada malam ke sembilan, ketujuh ataupun kelima.
Sebenarnya lailatul Qadr bukanlah diangkat disebabkan pertelagahan itu, tetapi yang diangkat itu ialah mengetahui dengan tepat, bila berlakunya malam Qadr. Ini dibuktikan melalui sabda baginda: Carilah ia.
Diikuti selepas itu dengan suatu peringatan bahawa pengangkatan ketentuan malam berkenaan itu adalah lebih baik melalui sabdanya: "Boleh jadi ianya lebih baik bagi kamu."
Ungkapan ini menjelaskan bahawa tidak memberi ketetapan malam tersebut adalah galakan untuk menghidupkan seluruh malam pada bulan itu ataupun sepuluh malam yang terakhir.
Tanda-tanda dan waktunya..
Allah swt. menetapkan bahawa waktu sebenar berlakunya malam Qadr tidak diberitahu secara jelas supaya manusia tidak bersikap malas. Sebaliknya Allah swt. menyembunyikan waktu terjadinya malam berkenaan supaya orang-orang Islam terus menghidupkan sebanyak masa yang mungkin sama ada pada waktu siang ataupun malam agar berterusan melakukan ibadat. Hal yang demikian juga berlaku di dalam banyak perkara. Allah SWT menyembunyikan saat kematian dan waktu sampainya ajal supaya takut pada Allah berterusan dan seorang Muslim juga mentaati Tuhannya tanpa henti.
Ibnu umar ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah saw. bersabda:
Carilah ia (malam Qadr) pada 10 malam terakhir. Sekiranya seseorang daripada kamu merasa lemah atau letih, maka janganlah lagi dia ditewaskan pada tujuh malam terakhir.
Malam Qadr mempunyai banyak tanda dan alamat. Di antara tanda-tandanya ialah matahari terbit dengan sifat yang ia tidak mempunyai sinaran yang terik. Malamnya nyaman, tidak panas dan tidak pula sejuk, waktu pagi matahari terbit dalam warna kemerah-merahan.
Perkara utama yang sepatunya diingati ialah bahawa Malam Qadr adalah suatu malam yang penuh kelebihan dan kemuliaan. Setiap daripada kita perlu mengambil kesempatan untuk melakukan ibadat dan jangan sekali-kali menahan dirinya daripada menadah tangan untuk berdo'a. Dengan menyebut:
اللهم إنك عفو تحب العفوفاعف عني
"Maksudnya: Ya allah! Engkaulah yang Maha Pemaaf dan Engkau suka memaafkan, maka maafkanlah diriku."
Imam Al-Sawi menyebut dalam kitab tafsirnya: Sebaik-baik doa yang dipinta pada malam itu ialah keampunan dan kesihatan.
Akhir kata, sama-samalah kita memohon kepada Allah agar memberi manfaat kepada kita dengan nilai-nilai kebaikan Ramadan serta bekal yang ada di dalamnya. Semoga Allah menjadikannya bermanfaat untuk kita.


➳♥ terima kasih daun keladi,ade mase baca lagi k..and jangan lupa like..=♥

Menghidupkan 10 Malam Terakhir Ramadhan..#1

Daripada Aisyah RA : "Apabila masuk sepuluh ( hari terakhir bulan ramadhan ,rasulullah saw mengencangkan kainnye menjauhkan diri dari menggauli isterinye) , menghidupkan malamnya dan membangunkan keluarganya."(hadis riwayat al-bukhari & muslim)
Assalamualaikum n salam ramadhan buat semua umat islam,
tak terasa begitu pantas masa berlalu dan kini kita sudah pun berada di fasa terakhir Bulan Ramadhan iaitu Fasa Pembebasan daripada Api Neraka. Sesungguhnya , pada sisa Ramadhan yang terakhir inilah Rasulullah SAW meningkatkan amal ibadahnya lebih hebat daripada kebiasaan Baginda pada bulan-bulan lain dengan Qiamullail, iktikaf dan sebagainya. 


Pada 10 hari terakhir ini terdapat fadhilat yang cukup besar lantaran salah satu daripada malamnya merupakan malam yang lebih baik daripada seribu bulan, iaitu malam Al-Qadr (Lailatul-Qadr). Laylatul Qadr telah diketahui umum sebagai malam yang amat istimewa buat seluruh umat Islam berdasarkan ayat al-Quran dari surah al-Qadr . Firman Allah SWT :



















"Sesungguhnya kami telah menurunkannya( Al-Quran) ketika Lailatul Qadar (malam kemuliaan).Dan tahukah kamu Lailatul Qadar itu? Lailatul qadar itu lebih baik dari seribu bulan.Pada malam itu malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan.Malam itu(penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar." (Al-Qadr:1-5)
Beribadah di malam itu dengan ketaatan, solat, tilawah, zikir, doa dan sebagainya sama dengan beribadah selama seribu bulan di waktu-waktu lain. Seribu bulan sama dengan 83 tahun 4 bulan. Betapa tinggi nilainya saat yang kita lalui sekarang. Malanglah kita sekiranya makin lemah dan cuai dalam melakukan ibadah meskipun Ramadan semakin hampir meninggalkan kita.
Rasullah SAW bersabda: "Barangsiapa melakukan solat malam pada saat Lailatul Qadar kerana iman dan mengharapkan pahala Allah, nescaya diampuni dosa-dosanye yang telah lalu."(Muttafaq 'Alaih)
Contoh yang ditinggalkan kepada kita oleh baginda SAW wajar dijadikan pedoman di dalam mengisi hari-hari terakhir Ramadan ini. Kurangkan menonton televisyen atau mengunjungi pusat-pusat membeli belah. Kerana inilah fenomena yang sering kita lihat dewasa kini. Sama-samalah kita penuhilah malam-malam terakhir Ramadhan yang menjadi rebutan para hamba-hamba Allah yang beriman dan bertaqwa dengan solat Tarawih, Tahajud, Tasbih, membaca Al-Quran, I’tiqaf, zikir, doa, istighfar dan sebagainya. Tentang waktunya,
Rasullah SAW bersabda: "Carilah Lailatul Qadar pada (bilangan) ganjil dari sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan." (HR.Bukhari, Muslim dan lainnye).
Sesungguhnya, Laylatul Qadr sengaja dirahsiakan oleh Allah sebagai ujian kepada kita dalam mencari rahmat dan kasihNya. Bagi mereka yang benar-benar beriman keghairahan mencari reda Allah menjadikan mereka begitu teruja meningkatkan pencarian ganjaran berlipatganda yang dijanjikan oleh Allah SWT. Sebaliknya bagi mereka yang alpa dan lupa, saat-saat ini seringkali dipenuhi dengan aktiviti persiapan hari raya yang menyibukkan mereka lalai untuk beribadah dan  terlupa promosi istimewa pembebasan daripada azab neraka yang dijanjikan oleh Allah di penghujung Ramadan. 

➳♥ terima kasih daun keladi,ade mase baca lagi k..and jangan lupa like..=♥

Bloglist Bersama Dunia Hidupku PCL

Assalamualaikum all,,
sarah x dew keja hari nie...
so sarah nak join bloglist dari blog dunia hidupku pcl.




(meyh la join..click jew banner kat atas nie ea...)

Tarikh tutupnye: 25/8/2011..
lau nak tau selebihnye pi la ke blog tuan penganjur ea... n_n

➳♥ terima kasih daun keladi,ade mase baca lagi k..and jangan lupa like..=♥

Tip Mengesan Kekasih Yang Curang

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Tip...Tip..Tip....sarah ade tip la yang nak dikongsikan ... tip kali nie bukan pasal kesihatan, kecantikan, or keagamaan...but..tip kali nie adalah TIP MENGESAN KEKASIH YANG CURANG ...tip nie khususnye untuk couple2 diluar sana yang begitu banyak persoalan...huhu....okey la sarah pown x nak celoteh banyak2...korang pown ukan nak dengar sarah melalut ntah pape kan...so sarah mulakan entry sarah sekarang..

TIP ATAU PETANDA AWAL PASANGAN BERLAKU CURANG:

Asyik resah melihat jam tangan apabila bersama anda.
Selalunya anda dan si dia menghabiskan waktu yang lama bersama.Tetapi sejak kebelakangan ini, si dia asyik resah apabila bersama anda dan sesekali menjeling jam tangan seolah-olah ada hal lain yang lebih penting.Si dia juga sering mengejar masa sehingga anda sanggup ditinggalkan berseorangan kerana kononnya ‘ada masalah sikit’. Jika situasi ini sering berlaku, anda patut berhati-hati kemungkinan si dia berjumpa dengan kekasih lain dan anda hanya dijadikan spare part!

Tiba-tiba saja mengadu sakit ketika berdating dengan anda.
Sedang asyik berdating dan anda sedang berseronok, tiba-tiba saja si dia mengadu sakit dan ingin pulang awal ke rumah.Ada-ada saja sakitnya..sakit perut, pening, lenguh kaki atau rasa nak demam! Sedangkan sebelum ini anda melihat dia sihat dan tidak menunjukkan tanda- tanda langsung untuk jatuh sakit! Apabila anda menawarkan diri untuk menghantarnya ke klinik atau pulang ke rumah, dia menolak bersungguh- sungguh dan ingin pulang sendirian. Kemungkinan dia tidak sakit tetapi mencari alasan untuk melarikan diri dari anda dan bersama kekasih lain.

Kerap menolak pelawaan anda untuk keluar bersama. 
Jika dulu, si dia ceria apabila anda mengajaknya keluar samada menonton wayang , makan-makan atau sekadar bersiar-siar, tetapi kini dia sering menolak dengan seribu alasan.Jika si dia keluar pun setelah puas dipujuk dan dirayu oleh anda dalam keadaan terpaksa. Situasi ini mungkin disebabkan si dia sudah bosan dengan anda dan ingin meninggalkan anda.

Menjadi panas baran dan sering mencari kesilapan anda.
Si dia berubah sikap dari seorang penyayang menjadi pemarah. Kesilapan anda yang paling kecil pun seolah-olah besar baginya dan anda sering dimarahi walaupun di depan orang ramai. Walaupun anda cuba sedaya-upaya mengelak melakukan kesilapan, si dia tetap cuba mencari kesilapan anda.Paling teruk sekali, jika si dia sudah tidak segan-silu menengking anda atau memaki hamun anda disebabkan perkara2 yang kecil ataupun kesilapan yang tidak disengajakan. Jika situasi ini berlaku, lebih baik anda meninggalkannya kerana sudah jelas dia sudah tidak lagi menghargai anda sebagai kekasihnya.Mungkin si dia sedang mencari jalan untuk mewujudkan kebencian anda terhadapnya dan berharap anda akan meninggalkannya. Tak guna merayu lagi kerana layanan buruknya hanya menyebabkan anda menderita.

Tidak membenarkan anda memegang atau membelek telefon bimbitnya. 
Sudah tabiat pasangan bercinta, suka membelek-belek telefon bimbit pasangannya. Jika si dia jujur dan ikhlas dengan anda, sudah pasti dia membenarkan anda melihat kandungan memori telefon bimbitnya samada SMS, nama pemanggil, simpanan nombor telefon dan sebagainya. Dia tidak akan berasa takut atau bimbang kerana kejujurannya pada anda.Namun, sekiranya dia berkeras tidak mahu anda membelek telefon bimbitnya, anda patut mencurigainya kerana kemungkinan dia menyimpan nombor telefon atau SMS teman wanita lain. Dia tidak mahu anda melihat kandungan telefon bimbitnya kerana takut rahsia kecurangannya terbongkar.

Tidak lagi rajin menelefon anda Di awal percintaan,
si dia asyik menelefon anda sehingga berkali-kali dalam satu hari. Si dia sentiasa mengambil berat dan menelefon anda walau untuk bertanya sudah makan atau belum. Jika satu hari tidak mendengar suara anda,pasti si dia resah.Tetapi sekarang dia tidak lagi rajin menelefon anda dan ada kalanya tidak menelefon anda langsung.Anda pula yang terpaksa menelefonnya dan kelihatan terdesak! Apabila ditanya ada saja alasannya dan paling popular ialah sibuk. Situasi ini menunjukkan dia tidak lagi berminat dengan anda dan mungkin hanya akan kembali menelefon anda apabila ada kepentingan lain.

Berubah sikap dengan ketara Jika dulu dia romantik bersama anda, sekarang dia hambar.
 Jika dulu dia ceria, sekarang dia membosankan.Jika dulu dia sering menghantar kad dan bunga, sekarang dia tidak lagi berbuat begitu. Jika dulu sering berkongsi cerita dan masalah serta bergurau senda, sekarang dia lebih banyak membisu.Malah dia tidak lagi mempamerkan kasih sayangnya pada anda dan hanya melayan anda seolah-olah teman biasa.Dia tidak lagi mengambil berat mengenai anda dan sering termenung jauh. Perubahan sikapnya yang ketara adalah petanda kemungkinan dia sudah ada teman baru dan tidak lagi berminat dengan anda. Anda patut menyuruhnya berterus-terang supaya diri anda tidak akan dipermain-mainkan!

Asyik lewat ketika temujanji Anda sudah berjanji untuk berjumpanya di suatu tempat tetapi setelah berjam-jam menunggu, barulah nampak bayangannya.  
Anda merajuk tetapi si dia sudah bersiap sedia dengan pelbagai alasan seperti traffic jam, masalah di tempat kerja atau paling mudah terlupa!Jika sekali dua terlewat mungkin boleh dimaafkan tetapi jika dah selalu terlewat, pasti anda meradang! Anda juga mungkin boleh bertoleransi jika si dia terlewat seminit dua atau setengah jam, tapi jika asyik berjam-jam menunggu atau tak muncul langsung, pasti ada sebab yang lebih logik dari traffic jam! Anda perlu menyiasat kerana kemungkinan si dia telah membuat lebih dari satu temujanji dalam satu hari. Dan temujanji itu tak mustahil dengan wanita lain!

Menerima panggilan telefon secara rahsia Sedang makan-makan bersama kekasih anda, dia menerima panggilan telefon atau SMS. 
Jika biasanya dia tidak kisah berbual di telefon atau membuka SMS di hadapan anda, kini dia menyorok-nyorok ketika menjawab panggilan.Jika sedang duduk, dia akan bangun dan melarikan diri ke tandas atau ke tempat tersorok dan berbual-bual di telefon dengan nada perlahan atau berbisik. Jika menerima SMS, dia akan membacanya dan memadamkan secepat yang mungkin kerana bimbang dibaca oleh anda. Bunyi telefon membuatnya gelisah ketika bersama anda. Kelakuan sebegini menunjukkan dia sedang menyembunyikan sesuatu dari anda dan tidak hairan jika dia berlaku curang terhadap anda!

Mematikan telefon bimbit ketika bersama anda Anda pasti hairan sekiranya si dia asyik mematikan telefon bimbitnya ketika bersama anda sedangkan dahulu dia tidak begitu. 
Apabila anda bertanya, dia akan menjawab kononnya tidak mahu mengganggu masanya bersama anda. Alasan sebegini mungkin diterima sekiranya anda bersamanya ketika di panggung wayang atau menikmati hari istimewa seperti Valentine, tetapi jika setiap kali keluar dia mematikan telefon bimbit, sudah tentu dia takut ada orang tertentu membuat panggilan ketika bersama anda!Ini mungkin salah satu petanda si dia berlaku curang atau menyimpan banyak pasangan!

Telefon bimbitnya asyik engaged,tidak berjawab atau terus mati Ketika anda cuba menghubunginya,handsetnya sering mati..Jika tidak mati,taliannya asyik busy,tidak berjawab atau engaged hingga kadangkala berjam-jam. Anda pasti jemu jika setiap kali cuba menelefonnya, telefon bimbitnya seolah tidak berfungsi. Jika anda dail telefon rumahnya, pasti jawapannya dia sudah keluar atau tidak diangkat langsung.Tak guna ada telefon bimbit jika tidak boleh dihubungi. Oleh itu, anda perlu melakukan sesuatu supaya situasi sebegini tidak berlaku kerana ia adalah salah satu petanda si dia berkelakuan curang.Si dia mungkin sengaja mematikan telefon bimbitnya ketika bersama kekasih lain!

Kerap memberi alasan sibuk dan penat 
Anda mungkin sudah merancang sesuatu bersamanya di hujung minggu tetapi si dia memberikan alasan sibuk dan tidak dapat bersama anda.Si dia juga sanggup membatalkan temujanji atas alasan terlalu penat.Anda sering dibiarkan terkial-kial tanpa aktiviti menarik di hujung minggu.Anda cuba memahami tetapi jika si dia asyik sibuk dan penat, tentu hilang kesabarannya.Sekiranya kerjaya si dia sememangnya menuntut pengorbanan waktu,mungkin anda dapat memahami.Tetapi jika anda tahu bahawa si dia sebenarnya mempunyai banyak waktu sudah pasti anda berhak berasa curiga.Anda perlu menyiasat samada si dia benar-benar sibuk. Mungkin si dia hanya berpura-pura sibuk kerana ada urusan lain yang penting dari anda! Lebih baik anda mengangkat kaki daripada terus dibohongi kerana kecurangannya!

Sering tersasul menyebut nama wanita lain  
Pelik apabila sedang anda berbual-bual dengannya di telefon, dia memanggil anda dengan nama wanita lain. Apabila tersedar, dia cepat2 mengubah topik perbualan. Jika sedang berdating, dia tersasul memanggil anda dengan nama yang lain.Jika anda bertanya, dia akan mendakwa tersilap sebut kerana nama itu adalah nama adiknya, emak saudaranya, pembantunya dan apa saja yang dapat menyelamatkan keadaannya. Apabila anda mendail telefon bimbitnya dari telefon awam, dia teragak-agak seolah-olah tidak pasti siapa yang memanggilnya. Begitu juga sekiranya anda menelefon rumahnya (nombor telefon anda tidak tertera), dia seboleh-bolehnya cuba bertanya anda di mana, buat apa dan apa saja klu seperti cuba memastikan siapa pemanggil kerana takut tersilap sebut.Sekiranya anda berhadapan dengan situasi ini, berhati-hatilah kerana kemungkinan besar si dia mempunyai banyak teman wanita dan seorang playboy! Ini adalah kerana dia sering terkeliru sehingga tidak dapat membezakan suara anda dengan suara teman-teman wanitanya yg lain.

Sepi tanpa berita bila berjauhan Si dia mungkin terpaksa berjauhan dengan anda kerana sambung belajar, berkursus, menghadiri seminar atau outstation yang lama di tempat yang lain.  
Anda mempercayai kesetiaannya tetapi adakalanya berjauhan menyebabkan kekasih berlaku curang. Ini adalah kerana anda tidak dapat melihat gerak-gerinya atau juga si dia bosan tidak berteman. Jika pada awalnya si dia rajin menulis surat, menghantar email atau SMS dan sekurang-kurangnya menelefon anda sekali sehari, kini dia lebih banyak sepi tanpa berita.Si dia menyepikan diri dari anda dan tidak lagi menghubungi anda. Jika anda berjaya menghubunginya,sikapnya hambar dan tidak lagi seperti dahulu.Petanda ini jelas menunjukkan ada sesuatu berlaku ketika anda berjauhan dengannya.Kemungkinan si dia sudah mendapat pengganti anda ketika berada di tempat baru.

Ada kesan gincu atau bau minyak wangi pada pakaiannya
Anda tentu bengang apabila mendapati ada kesan gincu pada bajunya atau bau pewangi wanita lain pada tubuhnya.Mungkin si dia tidak sedar kesan-kesan ini tetapi relakah anda hanya berdiam diri apabila berhadapan dnegan situasi ini? Si dia mungkin berbohong dengan pelbagai alasan untuk menyelamatkan diri tetapi anda disyorkan supaya menyiasat tingkahlakunya agar tidak diperdayakan.

Marah apabila anda bertanya aktivitinya Sebagai seorang kekasih, sudah pasti anda ingin mengetahui aktiviti teman anda sedikit sebanyak.
Contohnya sekiranya dia ada mesyuarat, kerja lebih masa atau ingin bermain tenis dengan rakan-rakannya di sebelah petang.Pertanyaan ini bukanlah bererti anda seorang penyibuk dan ingin tahu segala urusannya atau mahu mengongkong pergerakan pasangan,tetapi sekadar mengambil tahu dan mengambil berat.Jika kekasih anda seorang jujur, pertanyaan mudah ini akan dijawab tanpa rahsia.Tetapi sekiranya pertanyaan ini menimbulkan kemarahannya tanpa sebab, anda pula mempunyai sebab untuk meragui keikhlasannya terhadap anda. Mungkin dia membenci soalan ini kerana tidak mahu anda mengetahui aktivitinya bersama kekasih lain!

P/S:sekian...too jew la situasi n tip yang sarah dapat sampaikan.... soo berfikir dulu la sebelum couple...bukan senang nak couple..couple nie...lebih baik kahwin terus an..(biar bercinta time dah kawen...bahagia ape...sape cakap x bahagiakan...huhu...)

➳♥ terima kasih daun keladi,ade mase baca lagi k..and jangan lupa like..=♥

Besday ku sebenar adalah 17/8/1994 ...

ehh....nape pulak cik sarah..??
bukan kew besday cik sarah 18/8 kew..
nape lak cik sarah cakap 17/8...
ermmmm...
sarah pown x tau la...
parent sarah cakap sarah lahir pada 17/8
disebabkan ayah lambat daftar surat kelahiran sarah.
jadinye 18/8 la...
sebab ayah daftar 18/8..
ermmm..
x best la...lau celebrate pown dah terlebih 1 hari...
x best la..
just parent jew yang tau besday sarah yang sebenar...
orang len semua tau yang besday sarah 18/8.. ermmm...
sad la... :(
pape pown tepat jam 1200 malam nie genap besday sarah yang ke-17
aishhh.. hari khamis dah 17taun 1 hari dah..
time too baru la ade yang wish...
x pew la..
nak wat camne an...
dah gitu ..
kena la anggap yang 18/8 too besday sarah... huhu..
k la...
papai dear..dear...semua...

P/S: hey...!! jangan lupa hadiah tok sarah tau..hee~...

➳♥ terima kasih daun keladi,ade mase baca lagi k..and jangan lupa like..=♥

Segmen: Rilek Sebentar Mau Promote Blog Anda



Assalamualaikum semua..
meyh la join segmen dari lzulxocraxme
cepat...cepat..cepat...
tarikh tutup sampai kol 10 mlm nie jew...
cepat la lau nak join..
lambat x dapat tau.. huhu..
k,. papai.. hehe

➳♥ terima kasih daun keladi,ade mase baca lagi k..and jangan lupa like..=♥

Happy dapat jumpa Perdana Menteri... :D

Assalamualaikum,
hai..
happy seyh hari nie dapat jumpa nan perdana menteri..
dato' seri najib tun razak
ngan dato' hishamuddin tun hussein onn...
best la gak..ukan senang dpt tgk diowang face to face kan..
x byk la gamba dye yg sarah dpt amik..
jap ea..
sarah upload at sini..
jeng..jeng..jeng..
.
.
.




nie diantara gamba2nye...video ade gak but x jelas sgt la...and terlampau laju..huhu..
gamba pown jadi la...
penat too keja2 diowg semata2 nak snap pic..hehe..
(tipu jew..mane ade keja2..haha..)
:P
saya bangga jadi anak felda..wee~


➳♥ terima kasih daun keladi,ade mase baca lagi k..and jangan lupa like..=♥

Contest belog pinky

yeeaaahhhh....
hari nie sarah nak join contest lagi buat kali ke berapa ntah...
sarah pown x terkira dah...
sempena bulan ramadhan al-mubarak nie sarah cuba2 la tok
menjoinkan diri tok contest...
haha..
pape jew la..
disebabkan sarah gile pink..
sarah nak join contest belog saya pink dari cik norfariza cheya



(click banner tok join.. )

meyh la ...join ramai2...
ermmm.. sarah x tau nak tag sape... sarah alu2kan kepada semua kawan2 sarah k..
korang meyh la join..simple jew...
lau nak join click banner t korg akan pergi kew blog cik penganjur..
okey..

P/S : minta2 la menang..huhu ..(mengharap..)

➳♥ terima kasih daun keladi,ade mase baca lagi k..and jangan lupa like..=♥

header sempena hari raya...

Assalamualaikum..
hai dear..
nampak x ade yang lain kat blog sarah...
yup...sarah dah tukar header baru sempena hari raya yg lagi bape minggu jew lagi..
nk tengok header sebelum and selepas...hehe..
okey sat na..
loading.
.
.
.
.
.
.
Sebelum

.
.
Selepas di make over..
.
.
( x bape cantik sgt la..huhu.. )'



➳♥ terima kasih daun keladi,ade mase baca lagi k..and jangan lupa like..=♥

Simptom Gastrik dan Puncanya...


SIMPTOM sakit atau senak perut tidak menjurus kepada gastrik semata-mata. Banyak penyakit lain yang membabitkan gejala sama tetapi punca berbeza seperti pedih ulu hati, batu dalam pundi hempedu, ulser perut serta radang pankreas. Sama ada individu terbabit diserang gastrik atau bukan, hanya dapat ditentukan selepas diagnosis. 

Pakar Perunding Bedah Pengkhususan Gastrousus dan Laporososkopik Lanjutan, Dr Abdul Fahmi A Karim, berkata masyarakat masih kurang memahami petanda gastrik sebaliknya memberi tanggapan sebarang kesakitan pada perut terutama ketika berpuasa adalah gejala awal penyakit ini. Katanya, gastrik atau nama perubatannya, gastrisis merujuk kepada inflamasi (radang) pada bahagian lapisan perut (mukosa) tetapi masalah lazim ini turut digunakan bagi menerangkan pelbagai gejala yang disebabkan inflamasi itu termasuk pedih ulu hati atau ketidakselesaan perut. 

"Sebelum menganggap diri diserang gastrik, individu harus mendapatkan pemeriksaan dan nasihat pakar bagi mengelakkan kemungkinan mereka menghidap penyakit lain yang lebih serius," katanya. Walaupun lapisan mukosa sentiasa beralkali dan melindungi bahagian terbabit daripada dirosakkan bahan memudaratkan seperti alkohol, ubat aspirin, makanan berasid dan pedas serta asap rokok. Apabila lapisan ini semakin terhakis, ia tidak mampu menjalankan tugas dengan baik hingga 
menimbulkan radang.
  
 "Sakit lebih dirasai apabila berpuasa disebabkan peningkatan tahap asid dalam perut berikutan ketiadaan makanan. Asid sedia ada yang membantu mencerna makanan berkumpul pada bahagian terbabit bersama asid yang terhasil secara semula jadi berdasarkan tindak balas kimia.
  
 "Apabila keadaan itu berlaku ditambah ketiadaan pelindung mukosa, radang boleh berlaku tanpa mengira waktu. Selain pengambilan ubat dan kemestian makan sahur bagi sumber tenaga, pesakit tidak digalakkan membayangkan keenakan makanan kerana imaginasi atau faktor psikologi ini mampu meningkatkan lagi keasidan perut," katanya. 

Penghasilan asid secara semula jadi boleh berlaku menerusi tiga fasa iaitu tindak balas kimia pada otak sebaik terbayang makanan, apabila makanan di dalam mulut serta ketika proses penghadaman.

Sementara itu, jangkitan bakteria dikenali sebagai helicobacter pylori (H pylori) juga antara penyebab gastrik. Ia mampu bertahan dalam keadaan perut berasid, malah jangka hayatnya juga panjang. Dianggarkan sejumlah 74 peratus pesakit yang mengalami ulser gastrik mempunyai jangkitan Hpylori. 

Simptom gastrik 

 * Kesakitan semakin berkurangan atau bertambah apabila makan. 
 * Pedih pada ulu hati atau bahagian atas perut. 
 * Terasa loya. 
 * Berat badan turun. 
 * Terasa pedih, sakit seperti sengal atau lapar yang teruk pada perut antara satu hingga tiga jam selepas makan atau tengah malam. 
 * Najis kehitaman atau berdarah (menunjukkan ulser sudah berdarah). 
 * Kerap sendawa. 

Penyakit lain berkaitan sakit perut 

Pedih ulu hatiMasalah pedih ulu hati disebabkan beberapa faktor sama ada daripada ulser gastrik (perut) atau ulser duodenum yang boleh dikategorikan kepada jenis peptik. Ulser duodenum yang boleh dikategorikan kepada jenis ulser peptik. Selain itu, refluks esofigitis atau keadaan apabila pesakit terasa asid naik ke belakang mulut (kepanasan) juga membuatkan seseorang terasa loya, payau, sesak nafas dan batuk.

Batu dalam pundi hempeduBoleh menyebabkan seseorang pedih padabahagian ulu hati. Punca hanya boleh diperoleh menerusi ujian ultra bunyi (Ultrasound) di perut, endoskopi, ujian darah dan pernafasan. Sakit semakin teruk apabila mengambil makanan berlemak kerana ia menyebabkan hempedu mengecut seterusnya menjadi kejang. Hampir 30 peratus menghidap batu hempedu tidak berasa sakit. 

Radang pankreasKesakitan pada bahagian ini boleh dianggap serius kerana ia memberi makna pankreas sudah rosak berikutan keracunan. Terlalu banyak alkohol antara punca yang membuatkan bahagian ini tersumbat atau rosak. 

Ulser perutTerdapat tanda kemerah-merahan atau luka pada dindingmukoza. Jika dibiarkan tanpa rawatan segera, luka sedia ada menjadi bertambah teruk. Gejala ini juga boleh berlaku di bahagian usus kecil. 

P/S: next entry nie...untuk info kesihatan jew.. hope dapat membantu..

➳♥ terima kasih daun keladi,ade mase baca lagi k..and jangan lupa like..=♥

Segmen Zana: Salam Ramadhan



Assalamualaikum semua..
nampak kan banner hender  kat atas too...
haha..
sarah join segmen agi kali nie sarah join segmen cik zana. : salam ramadhan
sebelum too meyh tengok..

syarat2 tok segmen nie...
  • buat entry ber tajok “Segmen Zana : Salam Ramadhan
  • letak header cik zana cam kat atas too..
  • follow blog cik zana
  • serta kan nama *nama panggilan sahaja
  • serta kan umo pada tahun semasa
  • serta kan ,. raye nie baju warna ap :D
  • beritahu dengan ringkas dan padat pengalaman d bulan ramadhan
  • pastoo letak la entry korg nie kat komen cik zana
  • Tarikh tutup: 28 Ogos 2011
Okey sekarang sarah nak jawab semuanye..ehhh...jawab ape..hehe...pape jew la..

 okey...sarah nak perkenalkan diri jap ea.. my name is maisara..
but u can call me sarah...jew k..
18/8 nie genap umo sarah 17 taun...
hah....tema raya tok tau nie warna biru..so kitowg sekeluarga wat baju biru semua.. :)
ermm...pengalaman puasa ea..
ermm...sarah rasa kan tau nie lebih baik drpd taun lepas..
sebab taun lepas adaalah ramadhan yang sangat menyedihkan buat sarah..
sarah terpaksa pose sowg2 coz my dad sakit....
ermm..sedih sgt2..
tapi alhamdulillah taun nie sarah dapat pose ngan diowg semua... 
n_n..
hehe... too jew la...selamat berpuasa and selamat hari raya... :)


➳♥ terima kasih daun keladi,ade mase baca lagi k..and jangan lupa like..=♥

Filem Rasuk

Heyp...
korang...
best x cite rasuk nie...


Sinopsis Rasuk:- Sebuah kisah seram yang membongkar misteri sebuah banglo Melayu lama. Banglo Melayu yang terbina sejak dari zaman pemerintahan Jepun itu kelihatan indah dan teguh dengan keceriaan penghuni silih berganti tanpa sebarang gangguan sehinggalah dengan kehadiran sepasang suami isteri Arman dan Melati. Arman, seorang pengarah fotografi bersama isterinya Melati, bersetuju untuk mendiami banglo tersebut yang cukup indah dan tenang jauh dari hiruk pikuk kebisingan kota. Misteri bermula apabila Melati secara tidak sengaja telah terlanggar batu tanda yang terletak di kawasan rumah tersebut...
Setelah kejadian itu Melati berada dalam keadaan lemah dan mudah pengsan. Pelbagai kejadian aneh juga berlaku selepas itu. Zaiton, ibu Melati yang datang melawat Melati dan Arman telah meninggal dunia secara mengejut. Kejadian itu benar-benar mengejutkan Melati dan Arman. Peristiwa itu juga umpama menghidupkan sesuatu yang sudah lama ‘mati’. Setelah kejadian itu, Melati banyak mengelamun dan berkhayal sendiri. Dia sebenarnya telah dirasuk oleh roh jahat yang cuba untuk membalas dendam yang secara tidak sengaja telah di’bangkit’kan oleh Melati. Keadaan bertambah rumit apabila Melati diganggu makhluk itu semasa ketiadaan Arman. Melati telah di cabul tanpa disedari. Akibat dari itu, Melati tidak bermaya dan tubuh badannya terdapat kesan-kesan lebam. Doktor berpendapat yang Melati miliki dua personaliti yang mana dia mampu mencederakan dirinya untuk kepuasan. Arman sama sekali menyangkal dakwaan itu. Arman yang keliru lalu menuduh semua yang berlaku adalah angkara Mail si tukang kebun. Namun begitu Melati menidakkannya kerana Mail membantunya ketika dia dalam keadaan di’ganggu’.

Mail, tukang kebun yang ‘bodoh-bodoh alang’ telah lama berkhidmat di rumah tersebut dan tahu apa sebenarnya yang berlaku. Selepas kejadian itu kehidupan Arman dan Melati diganggu oleh makhluk tersebut. Arman diganggu tanpa disedari apabila makhluk tersebut berupa seperti Melati. Arman terpedaya sehingga mampu meragut nyawanya ketika berada di dalam hutan di belakang banglo tersebut. Arman kemudiannya telah diselamatkan oleh orang asli.

Arman semakin runsing, akhirnya dia dibantu oleh Ustaz Ghazali untuk menyelesaikan gangguan tersebut. Ustaz Ghazali sememangnya sedari awal sudah mengetahui keadaan banglo tersebut melihat kepada hal-hal ganjil yang berlaku terhadap Arman dan Melati. Mail akhirnya membongkar cerita bahawa semasa zaman pemerintahan Jepun, seorang tentera Jepun telah digantung sehingga mati di rumah tersebut kerana cuba menggoda gadis Melayu bernama Melati. Melati berjaya memperdaya tentera Jepun tersebut dengan ‘menggoda’nya ke bilik. Di dalam bilik tentera tersebut telah ditangkap dan dibunuh. Sejak dari kejadian itu keluarga Melati tidak tinggal di situ lagi. Akhirnya dengan bantuan Ustaz Ghazali dan berbekalkan ilmu dan ayat-ayat suci Al Quran akhirnya roh jahat yang menganggu tewas.
P/S: macam best jew....nak download n nak tengok la...hehe....dahsyat la...hari nie sarah wat 3 entry sekali gus dalam satu hari....ukan satu hari lagi..satu mase too..hehe

➳♥ terima kasih daun keladi,ade mase baca lagi k..and jangan lupa like..=♥

Blogspot nie sungguh LiciK kan..kan...

Aissssssshhhhhhhh......mengeluh x suda sarah hari nie...
tadi blog walking kat Blog Kak nusha...ternampak la entry nie...so click la n baca..
Baca...baca..baca...hah!! amik kau.... haha....ape yang amiknye..???? aduhai cik sarah nie...hehe...
okey..okey...sowie..sowie... nie hah...


1.Cuba korang buka manae2 blog kawan/anda....


Contoh : Budakmanja94.blogspot.com


2.Kemudian buka semula blog kawan/anda itu tadi, tapi dengan membuang huruf 's' pada perkaataan blogspot.


Contoh: Budakmanja94.blogpot.com


3. Then click enter..


see...!!! ape yang terjadi...aishh..sungguh licik mereka inikan..
soo berhati2 k..semasa berblogging..



➳♥ terima kasih daun keladi,ade mase baca lagi k..and jangan lupa like..=♥

Tip Menjadi Sahabat Yang Baik

Assalamualaikum reader semua..
Entry sarah untuk hari nie berkenaan dengan tip menjadi sahabat yg baik,.....sebelum too sarah nak kongsikan kat korang berkenaan 3 ungkapan yg biasa kite dengar iaitu  sahabat,kawan, dan teman.......
Tapi korang tau x maksud perkataan tersebut..???? maybe ada sesetengah individu x heran langsung dengan maksud perkataan too...Tapi percayalah bahawa sahabat , kawan atau teman itulah yang selalu berada disekeliling kita pada setiap masa. Tapi taukah korang yang ketiga2 perkataan tu mempunyai maksud yg tersendiri..??? okey jom kita tengok..... (scroll ke bawah k..)

SAHABAT
Sahabat adalah individu yang paling rapat dengan kita . Istilah nie sesuai untuk kawan baik kita. Individu nie  yang lebih mengenali diri kita dan lebih memahami kita. Kebiasaannye,dengan sahabatlah kita selesa untuk bersama,berkongsi masalah,pendapat dan macam2 lagi... (betul x?? ) . Tapi awas..!! jika kita rasa kita ade wat something wrong terhadap dia..cepat2 la minta maaf dan cuba untuk memperbaiki hubungan persahabatan korang...Ini kerana, kebiasaannya,sahabat lebih cepat terasa dengan setiap kata2 yg kita kuarkan… Jadi, jaga pertuturan agar tidak mendatangkan masalah dlm persahabatan kita… 

KAWAN
Perkataan nie lebih sesuai untuk member2 biasa yang selalu kita Hang Out atau lepak.Kawan nie biasanya lebih mudah didekati .Jika diowang sekepala ngan korang,lebih mudah korang untuk dekatinye. Tapi jangan la memilih kawan sanggat ...kita berkawan selagi kita boleh,agar mereka dapat membantu kita jika kita tidak dapat melakukan sesuatu.. Tanpa kawan , hidup kita boleh menjadi kosong dan suram... ( x semestinya membe kita jew yg dianggap kawan...family pown kita leh anggap kawan kan...)  Kawan biar beribu,berjuta..tapi musuh jangan sekali2 cari...If dew wat salah too cepat2 la minta maaf k...

TEMAN
Teman...adalah seseorang yang selalu bersama kita dalam susah dan senang. Teman nie x la rapat sangat ngan kita macam sahabat tadi , tapi teman nie sentiasa bersedia menjadi pendengar yang sedia dan berusaha untuk membantu kita dalam apa jua masalah yang kita hadapi. Orang yang macam nie lah yang sesuai untuk dijadikan sahabat kita.


Kesimpulannya, Teman x perlulah dicari kerana ianya akan datang dengan sendiri dalam hidup kita. Kawan x perlu memilih kerana merekalah penyeri hidup kita..tanpa mereka siapalah kita kan...dan sahabat perlu dipilih dengan betul kerana pengaruhnye ke atas diri kita lebih besar. So hargailah sahabat korang, berkawanlah selagi mampu, dan jadikanlah teman sebagai satu tempat untuk kita berbincang agar kehidupan kita lebih berguna.

Okey...now baru sarah bagi tip menjadi sahabat yang baik


Mulakan memberi salam jika bertemu...
Memanggil nama sahabat dengan nama yang disukainya sama ada di depan atau di belakangnya.
Menumpukan perhatian tatkala sahabat bercakap serta elakkan memotong cakapnya.
Menyampaikan pujian orang terhadap sahabat.  Jika kita sembunyikan bererti kita sebenarnya menyimpan rasa dendam dan iri hati.
Tidak menceritakan kejian dan celaan orang terhadap sahabat.  Ini untuk mengelakkan rasa kurang senang dan tercetusnya krisis.
Memberi pertolongan kepada sahabat yang memerlukannya tanpa menunggu dia memintanya.  Kalau dia memohon bantuan, wajib kita bantu setakat termampu.
Mengutamakan keperluan dan kepentingan sahabat dari kepentingan diri. 
Memandang dan membuat anggapan positif terhadap sikap sahabat.  Elakkan prejudis pada mereka. 
Memberi nasihat terhadap kesalahan dan kelalaiannya.  Jika melihat kawan kita mulai lalai atau melakukan kesalahan, tegur dan beri nasihat secara rahsia.
Sentiasa memaafkan kesalahan sahabat kita.  Bila melihat dia lakukan kesalahan, tidak ditempelak seperti kata pepatah, ‘memulangkan paku buah keras’.  
Sekiranya dia minta maaf, terima saja apa alasan yang diberikan tidak kira benar atau tidak. 
Tidak mengulang tayang kesalahan atau keburukannya yang pernah dilakukan pada kita.
Elakkan berkelahi pada perkara remeh temeh.  Apatah lagi mengeluarkan kata-kata kesat.
Menyembunyikan segala rahsia sahabat  dan tidak menceritakan kepada orang lain walau kepada pasangan (suami/isteri) kita sendiri.
Tidak mendesak atau memaksanya sehingga dia rasa terbeban dengan permintaan kita itu.
Menjiwai apa yang dirasakannya sama ada senang atau susah.  Gembira dengan perkara yang menggembirakannya dan bersedih dengan sesuatu yang menyedihkannya.
Memberi hadiah sempena hari lahir sahabat atau kerana apa sahaja yang bersesuaian.
Sentiasa memupuk kasih sayang dengannya hingga akhir hayat.
Mengucapkan terima kasih di atas kebaikan sahabat terhadap kita.
Sentiasa mendoakannya.  Doakan selalu sahabat-sahabat kita ketika dia masih hidup atau setelah dia meninggal dunia.
Menziarahi sahabat tatkala dia sakit atau ditimpa bencana.
Mengiringi sahabat ke pintu ketika dia hendak pulang setelah menziarahi kita.

P/S : bestkan lau dew seorang sahabat yang sejati....sarah masih x jumpa lagi yang namanye sahabat....huhu...macamana dengan korang lak...???? ce komen ea....Hope entry sarah kali nie dapat menjadi rujukan tok korang semua...sorry if ade perkataan yang salah......
➳♥ terima kasih daun keladi,ade mase baca lagi k..and jangan lupa like..=♥