info
fb
About Me
Home
Kalau anda baik hati klik la iklan ni



What is Dating????

Assalamualaikum semua...okey entry sarah untuk hari nie adalah berkenaan "What is Dating??? " ehh...speeking pulak cik sarah nie kan..haha.. okey...x moo membebel panjang2....sarah nak tanya nie..u all tau x ape itu dating..????
 *ala dating too kan temu janji...
no la dating nie ade istilahnye tersendiri...jom tengok ape maknanye...

WHAT IS DATING...????
Dating dalam erti kata lain berdua-duaan pasangan lelaki perempuan yang bukan mahram adalah haram.Ini kerana perbuatan tersebut boleh membawa kepada mudarat. Iaitu mendedahkan pasangan lelaki dan perempuan melakukan sesuatu yang ditegah dalam agama islam.

Pada mulanye dating dalam telefon,kemudian ajak keluar makan.Mula2 naik kenderaan berasingan.Lama kelamaan naik satu kenderaan. Pergi keluar bertujuan untuk makan tetapi pegang2 tangan,ada kalanye tidur atas bahu kekasih. Sehingga kadang2 sampai melakukan perzinaan. Walaupun pada mulanye rasa bersalah terhadap perbuatan yang terkutuk itu, lama kelamaan menjadi alah bisa tegal biasa. Sebab tu lah islam menegah sama sekali pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan yang bukan mahramnye.
Allah s.w.t berfirman : Dan janganlah kamu menghampiri zina.sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu yang jahat(yang membawa kepada kerosakan). (al-Isra' :32)

Peringatan dalam ayat ini ialah tegahan keras Allah swt supaya jangan sesekali cuba menghampiri zina. "Setiap sesuatu yang membawa kepada perlakuan yang haram,maka hukum melakukan perkara tersebut adalah haram".Dan mencegah adalah lebih baik dari mengubat,selagi boleh dicegah baiklah kita cegah sebelum berlaku perkara yang tidak diingini. Jangan tunggu sehingga diri terjebak dalam gejala maksiat ini baru lah nak menyesal. Bak kata pepatah "menyesal dahulu berpendapatan menyesal kemudian tidak berguna."

P/S : sampai sini dulu k...nantikan entry sarah seterusnya....(title dirahsiakan..ngeh.. :P ) nak couple...nak dating boleh...but mesti jaga adab pergaulan..jangan melebih2...lau dating too.. dating la kat tempat yang ramai orang...and jgn pegang2...k.. takut ada yg ketiga nanti... huhu...
➳♥ terima kasih daun keladi,ade mase baca lagi k..and jangan lupa like..=♥

3 Prince n Princess sedang komen:

Anne Syahira said...

bkn org ketiga laa,, yg ketiga lebih tepat ! hehe :P

fathiahRAIHANA said...

nice one :)

Pwincess sarah said...

@Anne Syahira : thanx pembetulannye..maksudnye too la..hehe..