info
fb
About Me
Home
Kalau anda baik hati klik la iklan ni


DialoG Aku Dan Hati....

Sesungguhnya ubat hati itu ada 5 perkara, maka ubatilah hati kamu dengan lima perkara itu. Pertama, bacalah al-Quran dengan menghayati isi kandungannya. Kedua,mengosongkan perut dari terlalu kenyang atau berpuasa. Ketiga,bangun (beribadat) disepertiga malam dan yang kelimanya, sentiasa bersama-sama di dalam majlis orang-orang yang soleh.




Ibrahim Al-Khawas RA
Assalamualaikum w.b.t..
 Dialog Aku Dan Hati...

Aku : Duhai hati, mengapakah engkau bermuram sahaja hari ini..?? kongsilah masalahmu padaku, mungkin aku bisa membantumu..

Hati : Aku kongsikan kiranya kamu mahu mendengar luahan ku..


Aku : Ya aku ingin mendengar.


Hati : Hmm..bagaimana aku tidak bermuram. Aku sedih. Kau tidak seperti dulu lagi. Kau tidak lagi menemaniku dengan tahajjudmu dimalam hari. Kau biarkan aku merintih rindu pada tuhan.


Aku : Maafkan aku. Apakah itu sahaja..?? Wajahmu juga kelihatan pucat tidak bermaya. Mengapa begini?


Hati : Wahai diri, mana mungkin aku tidak pucat sebegini sedangkan engkau tidak memberikan makanan kepadaku lagi.!


Aku : Makanan ? Apa maksudmu ? aku tidak mengerti.


Hati : Bodohnya engkau. Bukankah dahulu engkau berikan makanan kepadaku dengan bersedekah ada yang memerlukan ? Mengapa sekarang kau tinggalkan sedekah itu ?


Aku : urmm.. Jahilnye aku. Aku minta maaf. Apa lagi yang membuat kamu menjadi lemah dan tidak bermaya sebegini..??


Hati : Kemana Al-Quranmu minggu ini ? Aku belum mendengarnya walau sepatah. Aku rindukan lantunan ayatnya. Mengapa kau begini ? Mahukah engkau melihat aku mati lantaran tidak ku dengar lagi ia kini ?


Aku : Jangan begitu wahai hati. Aku tau aku salah ! Aku bersalah ! Aku bersalah ! Maafkan aku. Aku tidak mahu melihat engkau mati atau menderita. Terus bagitau aku apa lagi yang membuat kamu menderita sebegini?


Hati : Aku merasakan hidupku kosong. tanpa roh .Tahukah engkau kenapa ?


Aku : Tidakkah engkau lebih mengetahui daripadaku. Aku ternyata jahil sekali.


Hati : Baiklah aku beritahu..kemanakah solat jemaahmu ? Aku merasa duniaku tidak bererti dan tidak ada keberkatan oleh solat jemaah yang engkau jauhkan. Mengapa engkau begini teruk ? Bukankah kita pernah bersama-sama mendengar bahawa Rasulullah SAW pernah ingin membakar rumah sahabat yang tidak bersolat jemaah ? Juga kamu pernah membacakan hadis kepadaku berkenaan ,Baginda menyuruh sahabat yang buta sekali pun untuk datang mendirikan solat jemaah ! Apakah kau lupa ? Maka, lantaran alasan apakah lagi yang kau berikan pada ilahi ketika dihitungkan kelak ?


Aku : Duhai hatiku sayang, Aku menyesal. Ntah syaitan apa yang merasukku sampai aku jadi sebegini.Aku terkadang ingin kembali pada fitrah tetapi tidak terdaya rasanya.


Hati : Kau memang bodoh ! Bagaimana engkau ingin menerbitkan kekuatan seandainya kekuatan itu sendiri kau buang sekiranya ia menghampirimu ?? Bukankah kau tahu aku menjadi kuat dengan apa yang pernah kau lakukan dahulu ? Sekarang kau tinggalkannya, maka bagaimana kau dan aku ingin menjadi kuat ? Kuatkan aku dalam kau maka kau akan kuat bersamaku.


Aku : Ternyata segala katamu tepat belaka. Aku memang jahil . Beruntung sungguh aku mendapat sahabat sepertimu . Suka duka bersama. Baiklah aku akan cuba menjadi lebih baik dari sekarang. Maafkan aku atas segala kekejaman aku terhadapmu wahai hati. Maafkan aku.


Hati : Aku amat gembira mendengar kata-katamu begitu. Mari kita mulakan taubat kepadanye bersama-sama.Moga-moga dia menerima ampunmu dan ampunku jua. Amin......


Aku : Baiklah.. insyaallah,mulai sekarang aku berjanji aku tidak akan mengulanginye lagi.. dan x akan menbuatmu menderita lagi wahai hati..


Hati : baguslah kalau begitu hendakmu..mari..


Obat Hati ada lima perkaranya
Yang pertama baca Qur�an dan maknanya
Yang kedua sholat malam dirikanlah
Yang ketiga berkumpullah dengan orang sholeh
Yang keempat perbanyaklah berpuasa
Yang kelima dzikir malam perbanyaklah
Salah satunya siapa bisa menjalaniMoga-moga Gusti Allah mencukupi


➳♥ terima kasih daun keladi,ade mase baca lagi k..and jangan lupa like..=♥

1 Prince n Princess sedang komen:

sis92 said...

mari muhasabah diri :0
jmput ke blog