info
fb
About Me
Home
Kalau anda baik hati klik la iklan ni



Aku Ingin Bersama Mereka

Aku Ingin Bersama Mereka...meyh baca cerita pendek nie..

Malam itu hujan rahmat membasahi bumi Tuhan. Tiada riak untuk berhenti. Sang kodok dan katak bertasbih kuat.Memuji Tuhan yang Maha Pemurah. Usaha dan doa mereka Allah kabulkan. Aku pula keletihan. Program petang bersama penduduk taman diikuti program malam bersama jemaah surau membuatku agak letih.Walau letih namun kepuasan bersarang di sudut hati.

Seusai mandi dan menukarkan pakaianku yang basah dek meredah hujan, aku berbaring diatas tilam housemateku diruang tamu. Jam menunjuk angka 11.43. Fikirku hanya untuk berehat sekejap sementara menunggu mesin basuh siap beroperasi. Tidak sampai 5 minit, duniaku makin kelam dan akhirnya aku terlelap.

Tiba-tiba aku terdengar perbualan manusia. Perbualan yang tidak jelas. Dalam kelam aku berusaha membuka mata. Sukar. Namun aku gagahi jua.

Terkejut!

Aku terkejut bilamana mata dibuka.Aku bukan dirumahku. Tetai sebaliknya disekelilingku hanyalah ruang yang gelap gelita. Cuma di hujung kiriku terdapat satu sumber cahaya. Kekuningan.

Dan suara yang kudengar tadi ku yakin juga berpunca dari arah sana. Aku cuba bangun namun tidak berdaya.
Ku cuba dan terus mencuba. Entah mengapa aku menjadi lemah tika itu,. Seolah aku lumpuh seluruh badan. Air mata laju mengalir tana dipinta.

Apakah ajalku semakin hampir? Atau aku sudah sijemutnya?? Soalan demi soalan menujah benakku fikiranku.Usaha untuk bangkit berdiri aku teruskan. Dalam keperitan. Dalam kepayahan. Namu semuanya gagal.

Sumber cahaya yang tadinya jauh dariku tiba-tiba menghampiriku. Seolah-olah matahari terbit dari ufuk bumi. Kegelapan yang menyelimuti aku akhirnya menghilangkan diri ditelan cahaya. Sedikit demi sedikit. Kini aku diselubungi cahaya kuning. Ku amati sekitarku. Kosong. Seperti padang pasir yang tandus. Cuma bezanya suasananya teramat nyaman. Alangkah indahnya andai aku di berada lama disini.

Anakku.
Ya abah.

Ah, itu suara yang kudengar tadi. Bisikku. Aku fikir mereka adalah ayah dan anak. Pasti! Aku mencari sumber suaru itu. Ku pandang kiri,kosong. Kanan jua kosong. Aku menjadi hampa. Tidak ku temui empunya suara itu.

Di saat aku hampir berputus asa, mata hitamku menangkap satu objek yang kejauhan disebelah kananku.Jauh.Kelihatan seorang lelaki tua berjanggut lebat duduk diatas seketul batu.Belakangnya sebatang pohon kurma. Buahnya lebat. Si anak pula kelihatan sebaya denganku. Duduk ditei lelaki tua tadi.

Aku mencuba lagi untuk bangun dan niatku untuk menghampiri mereka. Gagal jawapanku temui. Kini aku pasrah.Biarlah aku disini. Yang penting aku dapat menangkap jelas segala isi perbualan mereka. Satu keajaiban fikirku. Walaupun mereka jauh,namun suara mereka dapatku tangkap kemas tanpa melepas sepatah kata.

"Wahai anakku,tahukah engkau,Tuhanmu dan Tuhanku memiliki hamba-hamba yang menyukainya dan Dia juga menyukai mereka. Mereka mencintainya dan dia juga mencintai mereka.Mereka merinduinya dan Dia juga merindui mereka. Mereka mengingati dan memandangnya lantas Dia juga mengingati dan memandang kepada mereka. Jika engkau mengikuti jalan mereka pasti Allah juga menyukaimu sebalinya jika engkau menjauhi mereka,Allah pasti membencimu."Si ayah menuturkan kata-katanya sambil membelai belakang anaknya.

"Benarkah wahai abahku? Siapa mereka itu? Aku langsung tidak mengetahui."Balas si anak sambil menatap wajah ayahnya.Senyum terukir. Sungguh berminat dengan pertanyaan ayahnya.

Benar.
Tahukah engkau siapa mereka??

Aku tidak mengetahui.Khabarkan padaku siapa mereka wahai abahku.

Ketahuilah,mereka itulah hambanya yang menjaga malam dan siang seperti pengembala menjaga kambingnya. Mereka merindukan terbenamnya matahari bagai burung merindukan sarangnya.Tatkala malam berlabuh,manusia lain enak melayani mimpi indah tetapi mereka menunggu saat ini mereka berjumpa dengan kekasihnya.Mereka bermunajat indah dan penuh dengan nikmat kepada kekasih mereka.Terkadang menangis kerana terlalu rindukan kekasihnya.Mereka terkadang rukuk terkadang pula mereka sujud.

Ketahuilah wahai anakku,itulah tanda hamba yang Allah begitu kasih pada mereka.

"Apakah aku termasuk golongan mereka??"Soal si anak.

Si ayah tersenyum.

"Andai engkau mengikuti jalan mereka pasti engkau jua golongan mereka."Aku begitu asyik mendengar perbualan mereka tanpa kusedari air mataku mengalir lagi.

Persoalan si anak tadi kini menjadi persoalan diriku. Apakah aku termasuk golongan mereka?? Hinanya aku.Aku merasa diriku jauh tertinggal kebelakang.Tanpa jejak mereka.Aku lalai selama ini.

"Anakku."Si ayah bersuara lagi

Mahukah engkau menjadi pejuang islam seperti khalid al walid? Si tangkas dan handal mengawal suasana perang? Atau seperti Abu ayyub Al Ansari? Seluruh hidupnya untuk islam.Sehingga hari tuanya dan akhirnya mati dalam perjuangan menuju medan perang.

Abah,itulah cita-citaku sehingga kini.

Wajah si ayah tenang.Senyuman tidak lekang dibibir.

Abah bangga pada engkau.Jiwamu seperti jiwa ibumu.
Tapi harus engkau ingat,perjalanan mereka tidak semudah yang disangkakan. Sejuta halangan bersarang didepan.
Pesanku hanya satu, rapatkanlah dirimu dengan Tuhanmu.Pasti segala kekuasaan milikmu.!

Semudah itu abah??

Ya semudah itu.Tapi jangan sangka ia mudah.Tempuhilah jalan itu dengan sabar wahai anak. Sebelum kau merasai manisnya iman kau akan merasa sengsara dan pedih perjalanan ini. Berjalanlah dengan sabar. Sabar akan menjadi kekuatan buatmu. Tika sengsara. Tika perit. Dan tika kau memerlukan kekuatan.

Begitu tersusun taujihad si ayah. Buat si anak.Lembut tuturnya namun menusuk kedalam jantung hati. Ku pasang telinga agar dapat ku lanjutkan mencuri perbualan mereka.

Tiba-tiba.....

WORGHHHH!!!!..

Aku tersentak.

Salakkan anjing mengejutkan aku.Rakan-rakanku kua turut terganggu.Kami bingkas bangun dan menyelak langsir yang menutupi tingkap. 3 ekor anjing bertengkar di luar sana. Anjing liar , yang berekor hitam itu aku kenal. Hampir-hampir aku melanggarnya ketika aku pulang dari menghantar sahabatku ke stesen bas. Dan tika itu ia sedang mengejar seekor anjing yang lain.

5 minit kemudian seorang lelaki tua turun membawa sebatang kayu menghalau anjing tadi.Ketiga-tiga ekor anjing itu bertempiaran lari menyelamatkan diri dari kayu si lelaki tua. Jam di tanganku sudah melewati 4 agi. Aku masih lagi teringat perbualan si ayah dan anak. Suara mereka masih menari di hujung telingaku. Kakiku melangkaj perlahan ke bilik air. Ku lihat semua pakaianku sudah berasa dalam bakulku. Tentu housemateku yang mengalihkannya,fikirku.

Aku lantas berwuduk. Sejuknya aliran air ku rasa. Walau hujan yang lebat menggila semalam sudah mencapai titisan noktah namun sejuk pagi mencengkam tulang putihku. Ku tidak hirau semua itu. Aku tekad. Aku ingin benar menempuh jalan yang dicita-citakan si anak tadi.

Moga aku termasuk golongan mereka.Itu doaku...
P/S SUMBER .... moga kita semua tergolong dalam golongan itu k..amin...terima kasih kerana sudi membaca.. :)

➳♥ terima kasih daun keladi,ade mase baca lagi k..and jangan lupa like..=♥

0 Prince n Princess sedang komen: