info
fb
About Me
Home
Kalau anda baik hati klik la iklan ni


Kelebihan Hari Jumaat..

ASSALAMUALAIKUM
Selamat hari jumaat kepada semua umat islam..
Mulakan hari ini dengan penuh bersemangat daripada hari2 lain...hari jumaat nie adalah hari yang paling mulia...hari penghulu segala hari...hari jumaat la orang mengumpulkan pahala...hari lain pown boleh k..jangan hari jumaat je nak bertaubat...hari lain buat perkara yang tak berfaedah(paham2 je la kan) jangan macam too tak bagus k...okey...entry sarah kali nie sarah nak cerita tentang hebatnya dan kelebihan-kelebihanhari Jumaat. Moga info ini dapat memberi manfaat kepada pembaca dan diri saya..amin..

Antara kelebihan hari jumaat..:

1. Berlakunya Hari Kiamat

Seperti yang anda..anda and anda ketahui...Ya, Jumaat merupakan hari yang selalu dikaitkan dengan berlakunya hari kiamat.
 Dalam suatu hadis riwayat Muslim, Nabi SAW ada menyebut bahawa."Pada hari jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada allah swt melainkan akan dikabulkan permintaannya"

Dalam hadis lain rasulullah bersabda yang bermaksud : " Hari yang dijanjikan ialah hari kiamat ,hari yang disaksikan ialah hari Arafah dan hari yang menyaksikan ialah hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam ada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari jumaat.

"Pada hari itu terdapat suatu masa di mana seorang hamba mukmin apabila meminta(berdoa) kepada allah sesuatu kebaikan melainkan Allah mengabulkan doanya atau ia meminta Allah melindunginya daripada sesuatu kejahatan melainkan Allah melindunginya daripada kejahatan."(Hadis riwayat tarmizi)

2. Nabi Adam diciptakan dan dia juga diturunkan dari syurga

Hari jumaat memang istimewa. Hari ini Adam diciptakan dan hari ini jugalah beliau diturunkan daripada syurga.

Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah bersabda, maksudnye: "sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah jumaat, pada hari itulah Adam a.s. diciptakan dan pada hari itulah juga beliau dikeluarkan dari syurga."

3. Penghulu Segala Hari

Kemuliaan yang terdapat pada hari jumaat meletakkannya sebagai 'penghulu' segala hari..
Hadis Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan Abu Hurairah yang bermaksud: "jumaat dinamakan sebagai 'saidul aiyam' iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari)."

4. Selamat Dari Fitnah Kubur bagi yang meninggal pada hari jumaat.

Menurut Nabi saw."Tidak seorang muslim yang meninggal pada hari jumaat atau pun pada malam jumaat , melainkan diselamatkan allah dari fitnah kubur."

Orang yang meninggal dunia pada hari jumaat akan terlepas soal jawab kubur sehingga menjelang hari kiamat...

Jadi sama-samalah kita berdoa moga-moga Allah memilih kita dikalangan manusia-manusia yang diberikan kelebihan oleh Allah s.w.t..

5. Kebaikan Dengan Memotong kuku.

Ibnu Masud berkata ,"sesiapa yang memotong kuku pada hari jumaat , Allah akan menyembuhkannya daripada penyakit dan memberikannya keselamatan."

Hah..! apa lagi pada sesiapa yang mana kukunya dah mula panjang tu sila-silakanlah potong k..bagi kemas sikit...

6. Makbulnya Doa di antara dua khutbah

Yang ini pun kita dah selalu dengar. Daripada zaman sekolah lagi mungkin ramai yang telah diberitahu akan perkara ini. Baca doa ketika imam sedang duduk antara dua khutbah selalunya makbul doanya tu. Ya, kan?
Banyak ulamak yang berpendapat bahawa makbulnya doa yang dibaca di antara dua khutbah, iaitu ketika imam sedang duduk antara khutbah pertama dan khutbah kedua.
Ini berdasarkan hadis daripada Abu Hurairah yang bermaksud, “Pada hari Jumaat ada satu saat yang bertepatan dengan orang Islam ketika dia sedang sembahyang, di mana tatkala ia berdoa maka doanya itu akan dimakbulkan.” Dan rasulullah menunjukkan isyarat tangannya yang membawa maksud sedikit sahaja waktu itu.
Abi burdah bin Abi al-Amusa al-Asy’ari r.a berkata bahawa beliau pernah mendengar bahawa Abdullah bin Umar r.a pernah mendengar bahawa Rasulullah pernah menjelaskan bahawa waktu yang paling mustajab itu adalah waktu antara imam duduk di atas mimbar sehingga solat selesai didirikan.
Adik ,Kakak,Abang,Tuan,Puan dan semua pembaca disini...marilah kita sama-sama jadikan hari jumaat kali ini sebagai hari yang lebih bererti untuk kita,.Bukan apa untuk kebaikan diri kita juga.. Setiap kelebihan yang terdapat pada hari jumaat ini sebenarnya merupakan ruang dan perluang untuk kita rebut..
Kita mengaku kita orang islam, kita mengaku bahawa kita ini mengamalkan segala suruhan agama. Jadi apa salahnya sedikit amalan yang tak seberapa ini kita rebut...
Kalau rasa-rasa selalunya malas nak berselawat, macam tak ada mood nak berzikir ke..so jadikanlah hari jumaat untuk anda lebih bersemangat untuk berselawat,berzikir,istighfar dan sebagainya...
Nabi sendiri ada menyebut barangsiapa yang banyak beristihfar, Allah akan bagi jalan keluar bagi setiap masalah yang dihadapinya.
Jangan sesekali kita jadikan islam itu hanya pada kad pengenalan..tetapi jadikan islam itu sebagai amanah dan tanggungjawab yang perlu kita laksanakan...oleh itu marilah kita jadi lebih baik walaupun sedikit tidak mengapa. .asal kita jadi lebih baik..kita usaha untuk berubah,,kita cuba betul-betul...manalah tahu andai allah juga mengambil nyawa kita di hari sayidul aiyam ini.. subhanallah..wallahu a'lam...
P/S : andai ada salah dan silap tolong maafkan...saya hanya insan biasa yang tidak lari dari berbuat kesalahan..

➳♥ terima kasih daun keladi,ade mase baca lagi k..and jangan lupa like..=♥

5 Prince n Princess sedang komen:

belogkiter said...

thanks for the info.. akan ku manfaatkan khafiat jumaat

Pwincess sarah said...

u r welcome

nuyui a.k.a miss YUI said...

hari ni juga genap setahun sepupu akk pergi meningglkan kami..

CintaZulaikha said...

tgk betapa bagosnya ari jumaat itu..thank sarah tuk info..

Pwincess sarah said...

kak nuyui: sama2 kita sedekahkan al-fatihah kat arwah sepupu kaka too ea..moga roh ditempatkan dikalangan org yg beriman..

kak Ct: same2.. ^_^