info
fb
About Me
Home
Kalau anda baik hati klik la iklan ni


Realiti Hidup Seorang Budak Lepasan SPM

pejam celik pejam celik..tak ku sedar yang waktu berputar begitu pantas...tup..tup..hari nie dah 19/12/11 dah nak 3 minggu kot SPM berlalu ...mula 14/11/11 until 30/11/11(aliran sains).. sungguh cepatkan...now mula la terindu-rindu la bagai dengan kawan2 and alam persekolahan...ini realiti..setiap orang pasti akan merindui saat2 manis dialam persekolahan..betul tak??? lau yang jawab tak betul tu maybe masa sekolah diowang ada masalah..if ada pun mesti diowang takkan lupakan zaman sekolah..x kira la masa tadika,sekolah rendah or sekolah menengah...pasti ada yang mereka kenang...

Kalau dipikir-pikirkan..sarah nak putar masa and kembali ke zaman persekolahan..but itu mustahil..lepas pikir-pikir lagi sarah tak nak kembali ke zaman persekolahan...sebab ape?? banyak sangat kenangan...happy,sedih,duka,derita..semua bercampur baur..kita harus kembali ke dunia nyata iaitu kembali menjadi budak lepasan SPM...

Apa aktiviti yang sepatutnya budak lepasan SPM lakukan..??? Cari kerja?? kerja?? sambung belajar dangan sertai kursus2?? Belajar memasak??(bagi bdk perempuan seharusnya) amik lesen kereta and motor?? pergi melancong?? hah!! nie la yang sarah tengah pikir...nak buat apa ek...buat masa sekarang sarah ngah realisasikan hobby terbaru sarah iaitu buat felt craft..u know craft?? felt craft nie adalah salah 1 projek kraftangan yang diperbuat daripada bahan2 pakaian seperti kain(kain felt ada dijual ),manik,button,fiber ,benang and banyak lagi la bahannya..macam2 bentuk yang boleh kita buat mengikut kreativiti kita..macam yang sarah buat kat entry lepas...Click untuk ke entry lepas hah..dah tengokkan..nie la hobi baru sarah sementara tunggu dapat kerja..Next..

Selain daripada buat craft nie sarah ada 1 lagi hobi yang sarah suka buat..sarah jadi photograper yang x bertauliah ops!!..maksud nye bukan yg "tu" ea...ini photography(dalam bahasa melayunya fotografi a.k.a tankap gambar) ..korang tau kan ape dia..meyh tengok serba sedikit maksud fotograpi..:
Fotografi ialah proses untuk menghasilkan gambar foto melalui tindakan cahaya. Pola-pola cahaya yang dipanculkan atau dipancarkan oleh objek-objek dirakamkan pada perantaraan peka atau cip storan melalui pendedahan tempoh tertentu. Proses ini dilaksanakan melalui peranti-peranti mekanik, kimia atau digit yang dikenali sebagai kamera.Perkataan fotografi datang daripada perkataan Greek, iaitu φως phos ("cahaya"), dan γραφις graphis ("stilus", "berus lukis"), atau γραφη graphê yang bersama-sama bermaksud "pelukisan dengan cahaya" atau "lukisan". Secara tradisi, hasil daripada fotografi dipanggil "gambar foto". Dalam fotografi digit, istilah "imej" telah bermula menggantikan istilah "gambar foto". (Istilah "imej" ialah istilah tradisi dalam bidangoptik geometri. Fotografi juga dikenali sebagai "tangkap gambar" dalam bahasa Melayu
itu dia...dah taukan...but sarah just snap pic2 bunga2 ngan permandangan yang sarah rasa cantik sarah snap la...meyh tengok gamba apa je yang sarah ada...


*nie masa kat jeti tanjung lembu..kat mane??(kg sarah kat sedili...)
dia pggil tnjung lembu sebab byk lembu kot..hehe..

*nampak x..lau x nampak click pic nie tok tumbesaran..(nie pic ikan tembakul..eh..ikan tembakul ke belacak?? sama je la kot..nama je lain..hehe)

ok la..sampai sini je la entry kehidupan sarah bersama hobi2 ter baru sarah...doakan sarah dapat keputusan cemerlang dalam SPM nie..and doakan supaya sarah dapat kerja cepat...(dah bosan dah kot dok rumah je..)
ok..adios...!! sayonora..papai...assalamualaikum n terima kasih.... :)


ENTRY YANG MEMBOSANKAN BUKAN.. 
P/S: u..u..lau baik hati bantu la sarah dengan click iklan churp2..untuk isi duit poket tok sambung belajar nanti..tolong ea...time kasih.. :D

➳♥ terima kasih daun keladi,ade mase baca lagi k..and jangan lupa like..=♥

2 Prince n Princess sedang komen:

nuyui a.k.a miss YUI said...

tetiba akk rasa cam smlm br hbs blja..rndu la plak..

Pwincess sarah said...

tau x pe kak..