info
fb
About Me
Home
Kalau anda baik hati klik la iklan ni



Taman Tema Legoland dan Bandar Hello Kitty di Johor!!...

Wah..wahh..wahh...Johor dah majukan sekarang...
hah!!sape cakap johor tak de apa2(dulu ye la ..tapi sekarang.)..hah amik kau ...ada Projek taman tema pertama yang terbesar too at Malaysia..Legoland Malaysia adalah merupakan taman tema legoland keenam di dunia selepas Legoland Billund, Legoland Windsor, Legoland California, Legoland Deutschland dan Legoland Florida. ...wahh..hebatkan...sape yang tak bangga an jadi anak jati johor nie..hehe..(perasan lak)ok back to the point...kedua2nye akan dibuka pada penghujung tahun 2012 nie....(tak sabar an nak pi) ..

Nie taman Lego land..


LEGOLAND Malaysia adalah projek taman tema terbesar yang pernah dan akan dibangunkan di Malaysia setakat ini. Masih dalam proses pembinaan di Iskandar Malaysia, LEGOLAND Malaysia dijadual akan mula dibuka untuk orang ramai bermula pada hujung tahun 2012. Sehingga sekarang, proses pembinaan taman tema ini masih mengikut jadual yang dirancang ,
Macam2 la ada dekat legoland nie...ada beberapa bangunan lego yang dah siap dan hanya tinggal di persembahkan je apabila taman tema ini siap..antaranya...tengok dibawah..
1.(taj mahal versi lego)
2.(model kubah masjid Putrajaya)
3.(Model deretan kedai di Jalan Wong Ah Fook, yang memang terkenal dengan bangunan lama di Johor Bahru)

itulah diantaranya yang terdapat di Legoland nie...
Tapi tiketnye pown agak mahal la...
Tak kalah tanding juga dengan Bandar Hello Kitty yang akan dibuka hujung tahun nie ...wahh...banyak betul tarikan baru di johor nie kan...

Pusat Hiburan Keluarga (FEC) yang bakal menjadi taman tema tertutup empat tingkat terletak di Puteri Harbour, Johor dijangka dibuka pada akhir 2012.(best kan)
Bandar Hello kitty nie bakal menjadi kediaman pertama Hello Kitty di selatan Asia..Syarikat itu juga akan menampilkan karekter My Melody dan Little Twin Stars.
Bandar Hello kitty ini juga turut menawarkan semua barangan Hello Kitty daripada pedagang-pedagang ,persembahan pentas,nyanyian,dan lagu termasuk jamuan teh hello kitty(menarik kan..bagi penggemar hello kitty sila2kan la bercuti di sini...singgah ke teratak hello kitty) 
Selain bandar Hello kitty FEC juga menampilkan karekter kanak-kanak di bawah The Little Big Club yang mempamerkan Thomas and FriendsTM, Barney the Friendly DinosaurTM,Bob The BuilderTM,Pindu The PenguinTM, dan Angelina BallerinaTM.
Selain itu mereka juga terpaksa berkongsi tempat dengan karekter kartun Kampung Boy dengan adanya dunia Lat...yang mana di situ akan menampilkan semua rekaan set kampung sebagai mana di dalam babak karakter kampung boy nie...(Hebatkan kampung boy bergabung dengan kartun2 lain di asia tenggara)
P/S: tak lama lagi boleh la kumpul barangan hello kitty..wee~



➳♥ terima kasih daun keladi,ade mase baca lagi k..and jangan lupa like..=♥

1 Prince n Princess sedang komen:

Bobo iMBobo said...

pergh macam2 ade kat Johor ni..maju2.. :)