info
fb
About Me
Home
Kalau anda baik hati klik la iklan ni


Info kesihatan:Alergik/alahan

Hai!! tadi sarah ada cari info berkenaan alergik ni.. ermm.. sebenarnya sarah memang nak cari penyebab alergik yang sarah hidapi ni.. then tak salahkan if sarah nak berkongsi info ni dengan korang semua.. meyh kita tengok apa penyebab,kesan dan cara mencegah alergik ni.. weee~..

Untuk pengetahuan korang alergik ni ada banyak kategori, ada yang alergik pada makan(seafood,ubat-ubatan) , alergik bulu kucing mahupun haiwan lain yang berbulu, alergik habuk,alergik debunga, alergik sejuk,alergik habuk dan sebagainya.

Apa Itu Alergik??

Alergik adalah reaksi keimunan terhadap bahan yang disedut ,dimakan atau yang hanya disentuh. Sistem keimunan badan bertindak balas terhadap alergik-bahan yang membangkitkan reaksi-dengan mengeluarkan histamine dan kimia-kimia lain yang menyebabkan symptom seperti gatal hidung, pedih tekak ,mata berair dan gatal2 dan ruam gatal.

PUNCA PENYEBAB  ALAHAN DAN ALERGIK
*Faktor Pemakanan
Alahan kepada makanan seperti seafood, susu, soya, telur . Ia boleh menyebabkan bibir, kerongkong, muka dan lidah menjadi bengkak serta gatal2.
Individu yang mengalami alahan kepada makanan perlulah berhati-hati semasa hendak memilih makanan. Mereka juga perlulah mengelakkan daripada memakan makanan seperti seafood dan kekacang untuk mengelakkan daripada terkena alergik.

*Faktor Persekitaran
Persekitaran yang kotor dan berhabuk juga boleh memberi kesan buruk kepada individu yang menghidapi alahan terhadap habuk. Dengan itu, mereka perlulah duduk dikawasan yang bersih untuk mengelakkan daripada terkena alahan terhadap diri mereka. 

*Faktor Pemakaian Alat Makeup dan pakaian
Ada juga sesetengah orang yang alahan terhadap alat makeup mahupun pun pakaian. Jika mereka guna alat makeup yang tidak bersesuaian, kulit mereka pasti akan mengalami kegatalan.

*Faktor Gigitan Serangga
Tidak ramai yang mengalami alahan kepada racun yang disuntik oleh lebah dan tebuan yang mengandungi alergik. 
Bagi mereka yang tiada alahan kepada sengatan tersebut mungkin mengalami bengkak dan gatal-gatal kulit biasa selama beberapa jam.
Manakala individu yang mengalami alahan serangga cenderung menpunyai ruam yang besar , mengalami bengkak dan gatal-gatal dari beberapa hari ke minggu. Oleh itu, bagi mereka yang sensitif kepada sengatan serangga perlu berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan lebih lanjut.

*Alahan kepada Ubatan
Alahan terhadap ubatan ini tidak boleh diambil ringan ia boleh menghasilkan satu tindak balas yang tidak menyelesaikan malah mengancam nyawa.
Alahan ini boleh menyebabkan gejala-gejala seperti ruam yang ringan hingga kepada kejutan anafilaktik, dalam masa beberapa minit.

Cara Penyelesaiannya:
*Segera mendapatkan rawatan daripada doktor
*Jangan letak sebarang ubat/krim tanpa rujukan daripada doktor(takut lain pulak jadinya nantikan)
*Elakkan daripada sinaran UV atau berpeluh ,nie boleh menyebabkan ia bertambah gatal.
*Sentiasa bersihkan kawasan persekitaran( bagi sesiapa yang alergik habuk)
*Pastikan binatang peliharaan anda berada diluar rumah untuk mengelakkan daripada alahan terhadap bulu binatang.
Paling utama elakkan melakukan perkara yang boleh menyebabkan anda mengalami alahan.

P/S: sarah buat entry ni mengikut pengalaman sarah sendiri.. sebab sarah ada alergik habuk dan alergik pada bulu kucing... kalau sarah main dengan kucing mesti hidung dan mata sarah akan gatal (tapi sarah suka ngan kucing ermm.. ) .. tapi tu tak teruk sangat sekarang ni sarah selalu kena alergik habuk... sarah tak boleh duduk kat tempat yang berhabuk.. nanti mesti badan sarah gatal-gatal, bibir bengkak...ishhh.. terseksa tau tak.. nape la mesti ada alergik ni.. ish3..  

➳♥ terima kasih daun keladi,ade mase baca lagi k..and jangan lupa like..=♥

0 Prince n Princess sedang komen: