info
fb
About Me
Home
Kalau anda baik hati klik la iklan ni


Selamat Tinggal 2013

tak sangka pejam celik..pejam celik dah nak masuk tahun baru.. tahun 2014.. tinggal berapa jam je lagikan.. uishh.. Lau di imbas kembali apa yang berlaku pada tahun 2013 ni.. ermm.. banyak.. banyak peristiwa yang berlaku dalam tahun ni, ada yang manis dan ada yang pahit.. walau apa pun sarah dapat harunginya dengan sabar dan tabah.. 
Tahun 2014 akan menjelang tiba, makin banyak halangan dan rintangan yang perlu sarah jalani lagi. Sarah harap tahun depan ini dapat mengubah sarah menjadi anak yang solehah.. Sarah nak belajar lebih bersungguh-sungguh sehingga memperolehi segulung diploma (ijazah belum lagi) . Walaupun sarah tak sepandai mana tapi sarah cuba untk perbaiki segala kesilapan yang pernah sarah buat dalam diri sarah.Boleh ke sarah nak berubah ?? sarah nak jadi lebih matang.. tahun depan umur sarah dah masuk angka 2 (20) macam tak percaya je da nak masuk 20.. ishh.. tapi perangai masih tak matang2 lagi.. macam mana nak berubah ek.. ermmm.. apa2 pun sarah cuba berubah.. cuba berfikiran terbuka.. cuba berfikir dulu sebelum membuat keputusan.. sarah tak nak apa yang berlaku pada tahun 2013 ni berulang kembali.. biarlah kenangan pada tahun 2013 berlalu .. sekarang sarah nak bukak buku baru.. WELCOME TO 2014 .. 
P/S: tahun ni dah tekad nak belajar betul2.. nak kekalkan pointer..in shaa allah.. i can do it.. aminnn..



➳♥ terima kasih daun keladi,ade mase baca lagi k..and jangan lupa like..=♥

Jadual Pembelajaran for Semester 4..

Hahai... semalam , sarah gi kolej.. buat apa?? hah.. gi daftar la..daftar untuk sem 4 ni.. Semalam salin jadual sekali... Semalamkan sarah ada update sal subjek sarah untuk sem ni kan.. sekarang sarah nak tunjuk jadualnya lak.. Macam seronok je ..macam seronok je jadual kali ni.. jap ea.. tengok ni..
(nampak tak?? lau tak nampak klik kat gamba tu untuk tumbesaran)
Penat tau sarah buat jadual ni.. haha.. 

Sem ni macam seronok je , sebabnya tak de kelas pagi.. lepas tu.. tak la padat sangat macam sem lepas , sampaikan nak buat asignment pun tak cukup masa. kali ni inshaallah boleh.. yeaahhhh!! i can do it ... wish me succes ..ok.. ^_^

P/S: Apa yg penting subjek BI tak de sem ni.. haha.. oh my english... !!.. :D

➳♥ terima kasih daun keladi,ade mase baca lagi k..and jangan lupa like..=♥

Welcome To Semester 4


Hahai semua, hari ni sarah pergi daftar tok semester 4 .. hah.. tudia.. dah masuk sem 4 dah... tak sangka da 2 tahun da sarah dekat INSTEDT ni.. tinggal 2 sem lagi la sebelum grade kan.. cepatnya masa berlalu. Rasa macam baru je abis SPM 2011 dulu.. ni dah nak abis DIPLOMA... Masa berlalu dengan pantas.. inshaallah sarah cuba yang terbaik dalam sem 4 ni... nak dapatkan DEKAN lagi.. lau boleh la.. cukup lah nak kekalkan pointer.. hope boleh.. 

kalau tengok jadual sem ni tak lla padat sangat.. ada 5 subjek je.. tapi tu la  subjek2nya agak berat sikit la.. 
Antaranya : 
  • Etika Perkomputeran
  • Pengaturcaraan Java
  • Rangkaian Komputer
  • Sistem Perakaunan Berkomputer
  • Ko-Q(kelab pencinta alam)
Banyak2 subjek ni sarah macam suka kat subjek rangkaian, Networking.. aum.. memang minat..teringgat time skola menengah dulu.. wat cross cable dan straight cable 
(ni contohnya)
Kalau di ingatkan balik time sekolah dulu sarah ni agak malas orangnya, apa taknya ..dulu sarah asyik ponteng je.. dulu tak berapa minat sangat subjek ICT.. bukan ICT je.. semua la.. haha.. 
Tapi last2 sarah amik course IT macam mimpi lak.. budak yang degil , asyik kena marah , budak blur time kelas ICT ..amik course IT.. haha.. terbaik.. itu la di namakan takdir.. benda yang kita tak suka ...one day tu lah hala tuju kita... 

P/S: Sebenarnya alam kolej/ universiti ni tak sama dengan alam persekolahan.. If kita gagal masa sekolah tak semestinya kita akan gagal masa da masuk kolej / universiti right... sarah nak kongsi/ nak cerita sikit untuk perkongsian semua.. camne sarah leh dapat DEKAN every sem.. ( sem 1 je x dpt)

Ok macam ni..dulu.. sarah terpikir gak , sarah ingatkan bila kita nak sambung belajar ni susah.. sama dengan time sekolah.. tapi semua tu salah..Masa kita di kolej ni la paling senang kita nak berjaya.. Antara cara-caranya: 
  • If kita nak sambung belajar.. pilihlah course yang kita minat , jangan tersalah pilih course sebab nanti kita juga yang tak leh nak bawakkan.. (Sebab ni semua untuk masa depan kita).
  • Niat yang kita belajar untuk masa depan kita , bukan untuk main2. 
  • Focus bila Lecturer mengajar.
  • Buat ulangkaji bila kat rumah ( tu pada yang rajin la.. kalau sarah..ermm.. tak.. hehe.. dah kat rumah memang sarah tak belajar.. haha..tengok mood gak la..)
  • Buat segala asignment yang diberikan.. (PENTING !! sebab separuh markah kita adalah dari asignment )
  • Hadir ke kelas .. Jangan ponteng...ponteng... ( ni pun PENTING !! sebabnya..setiap kehadiran kita pun ada markah juga.. nanti markah final exam akan dicampur dengan kehadiran dan asignment..)
  • Berbaik-baik dengan lecturer.. ( ambik berkat tok belajar.. hehe.. )

Ermmm.. tu je la kot .. 
Kesimpulannya : If kita nak berjaya , mestilah berusaha dan berkorban sedikit masa untuk semua ni..Inshaallah satu hari nanti kita akan senang... Buat kerja dengan hati yang ikhlas untuk berjaya.. 

Target sarah untuk sem ni dan sem depan nanti : Nak capai 4 plat.. tapiii... tak pe la cuba dulu... sem ni nak cuba buat betul2 lagi.. nak kekalkan pointer , doakan sarah ea.. ^_^


➳♥ terima kasih daun keladi,ade mase baca lagi k..and jangan lupa like..=♥

Result Semester 3 dah keluar..


Alhamdulillah , tak ku sangka semester ni sarah boleh kekalkan lagi pointer.. alhamdulillah ya allah.. PNGK pun meningkat sem ni.. tapi sarah bersyukur sangat. Walaupun sem ni agak kelam kabut dengan asignment yang lambat hantar, tapi alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar.. Terharu, gembira semua ada.. hope boleh kekalkan pointer ni untuk 2 sem yang akan datang.. i can do it.. sikit lagi sarah akan menghabiskan pengajian ni.. 2 sem je lagi... naik ni dah masuk sem 4.. so sem 3 ni akan jadi pengajaran dan semangat untuk sarah untuk berjaya.. 

Selain tu.. terima kasih juga kepada lecturer2 sarah yang dah mengajar, thank juga kepada classmate sarah yang banyak membantu dan memberi sokongan.. alhamdulillah.. result korang pun ok kan.. insyaallah sem depan kita usaha lagi ok.. tinggal setahun lebih je lagi kita bersama.. harap persahabatan kita akan kekal sampai bila2 ... :) GOOD LUCK semua.. 

MY CLASSMATE


➳♥ terima kasih daun keladi,ade mase baca lagi k..and jangan lupa like..=♥

My Craft


Hai semua.. Rindu...rindu nak mengupdate blog ni.. rindu dengan blog teddy yang comel ni. hahax.. ok perasan.. 
Korang semua apa khabar?? sarah harap korang sihat2 belaka ok.. ermmm. berbalik pada tajuk entry ni.. sarah nak story sikit.. ehh..bukan..bukan.. sebenarnya nak tunjuk hasil handmade sarah(hasil kraf) .. sebenarnya sarah dapat tempahan dari kawan sarah.. dia suruh buat keychain.. alhamdulillah rezeki time cuti sem ni... walaupun tak berapa banyak tapi lepas tok belanja.. hehe..nak tengok x?? nak tengok x?? meyh tengok kat bawah ni.. 
RM 8.50..

Keychain minion couple
RM16 sepasang

Keychain felt nama(depan belakang)
RM 4 ( 1-5 huruf) lau lebih huruf akan di cas RM 0.20 

kawan sarah ni order 2..tu gambaran depan dan belakangnya.

Ok tu je la yang sarah buat time cuti semester kali ni.. ermm.. tinggal bape minggu je lagi sebelum naik kuliah balik.. Esok result final exam kuar.. hope semuanya ok la.. 


➳♥ terima kasih daun keladi,ade mase baca lagi k..and jangan lupa like..=♥

MINI GIVE AWAY BY T-SHIRT MUDAH TERENGGANU PART 4


Dah lama tak join Giveaway ...hari ni nak join gi la.. jom..jom..mana tau rezeki korang.. ^_^



(klik banner ni if nak join)

➳♥ terima kasih daun keladi,ade mase baca lagi k..and jangan lupa like..=♥

Happy With Him..


Hai semua, lama dah sarah tak update blogkan . Kesian blog ni dah berhabuk , tak terurus dah ...haha.. ok lah berbalik kepada tajuk , ermmm.. sarah nak story about my lovely , Siapa ?? capital S.N a.k.a Syed Nazrin.. siapa tu..?? hah... ni la yang sarah nak habaq kat hampa semua.. dia ni lah yang dah curi hati sarah.. ishh.. 

18 Oktober 2013 , 
Tarikh dimana sarah terima dia sebagai pakwe sarah ( 18...haha.. the best date .. why?? sebabnya besday sarah pun 18.. tapi 18/8... hehe... sebenarnya sarah tak tau pun tarikh haritu 18.. tak ingat , lepas sarah tengok kalendar at hpone baru sarah perasan..haha.. tak rancang pun semua tu) . Sarah harap la dia yang terakhir bagi sarah , dah cukup pedih dah hati ni . Dah banyak kali dah sakit hati sebab lelaki. Hope dia tak la kan... ermmm.. 2/11/2013 hari sabtu ni dia nak datang rumah nak kenal2 dengan my parent , hope berjalan dengan lancar . Takut gak ni.. (sarah yang takut..hehe) .. tinggal 2 hari je lagi.. 


tak sesweet korang.. ^_^ if ada jodoh kami akan bersatu.. amin.. 






➳♥ terima kasih daun keladi,ade mase baca lagi k..and jangan lupa like..=♥

Sahabat Until Jannah


Hai semua , salam jumaat buat semua . Hari ni sarah nak cerita tentang sahabat-sahabat sarah , sejujurnya sarah tak ada kawan yang betul2 rapat dialam realiti ni , tapi mereka ini adalah insan yang selalu ada diwaktu sarah memerlukannya , pada sarah merekalah sahabat dunia akhirat . Insyaallah.. 


Siapakah itu?? haha.. ni lah twin sarah yang paling poyo.. haha.. ops..!! jangan marah twin.. 
Kenapa twin?? sebabnya birthday dia sama ngan sarah. 18/8/1994 .. kami mula2 kenal dari facebook.. hah pelikkan.. tak pelik pun sebenarnya.. haha.. tapi leh rapat , lau teringat masa mula-mula macam lawak pulak , masa first jumpa dia at kota dulu . budak ni la yang beli felt craft sarah.. haha.. aptb. kan twin kan.. bek mengaku. :P .. (jangan marah kita pulak k) 
Ok btw nama dia shahrol Nizam .. dia ada blog juga.. nah follow la blog dia misterappleblog

seterusnya.......


Next.. Nama panggilan dia ewan.. dia ni . ermm.. tak tau nak cakap macam mana , sarah rasa pelik kenapa sarah boleh kenal ngan dia, hah.. sarah rasa serasi dengan dia walaupun baru kenal. Ntah kenapa sarah rasa selesa berkawan dengan dia, sarah selalu story cerita at dia , dia setia dengar luahan hati sarah . Thank awak, hope kita akan jadi kawan sampai bila-bila ok.. 


Nama dia ecah , sarah kenal dia at facebook je dari group KAMI GENERASI 1994 , dia ni baik tau..sarah rasa macam dah kenal rapat je dengan dia , dia ni friendly and sporting . memang best lau dapat kenal ngan dia.. 



P/S: awak..awak semua..sarah cilok gmba korang tau... hehe.. sorry.. sarah minta izin amik gamba korang.. sayang korang semua.. :) FRIEND FOREVER




➳♥ terima kasih daun keladi,ade mase baca lagi k..and jangan lupa like..=♥

Berrteka teki dengan hati


Setiap orang mesti ada crush kan.. atau lebih tepat sekali ada seseorang yang korang minat.. ermm.. sarah?? ok.. tipu lah kalau tak ada... dulu sarah minat dekat seseorang ni.. namanya capital A(nama dirahsiakan) ..ntah bila bertentang mata dengan dia mesti perasaan ni rasa lain.. rasa berdebar-debar.. ni ke yang dinamakan cinta? ntah la sebab kalau tengok dia dekat ngan perempuan mesti hati ni rasa marah.. adoyai..tak pernah rasa macam tu selama ni... tapi sarah rasa macam sarah ni bertepuk sebelah tangan je kot .. dia tak de perasaan pape at sarah.. dah setahun lebih kot sarah pendam perasaan ni, terbaikkan..ehh rasanya dah nak dekat 2 tahun da.. hehe..siapa orangnya? biarlah rahsia.. biarlah perasaan tu kekal tersimpan sampai bila-bila.. biarlah sarah sorang je yang tau siapa orangnya...if de jodoh dia takkan kemana.. sarah dah penat dah tunggu dia.. tunggu bila dia nak nyatakan perasaan dia.. nape tak tanya dia? erm..ermm.. tu bukan sarah.. sarah ni pemalu. so payah la nak nampak sarah luahkan perasaan kat orang... lebih suka pendam je.. hehe

Biarlah dia menjadi masa silam dan kenangan yang tak pernah dilupakan.. sekarang sarah dah ada capital S.N ... hope kitorang kekal sampai hujung nyawa... sarah sayang dia.. sarah harap dia takkan kecewakan sarah.. takkan buat sarah sedih.. takkan curang ngan sarah...kalau ada jodoh kami akan bersatu one day... amin.. ^_^ 



➳♥ terima kasih daun keladi,ade mase baca lagi k..and jangan lupa like..=♥

ImpianKu #1


Hai semua.. lama dah sarah tak update blog, ermm.. kalau nak diikutkan hati memang malas nak update tapi disebabkan dah lama dah tinggalkan dunia blog ni jadi sarah nak mulakan semula.. tak lama lagi dah start cuti semester untuk semester ni.. tinggal dua paper je lagi ..then cuti.. ermm.. cuti ni tak tau la nak buat apa.. tak ada rancangan lagi maybe nak start berkraf kumpul duit sikit la.. emmm.. ok la sebelum sarah melalut ntah pape ..baik sarah balik semula ke entry ni.. haha

Firstly sarah nak tanya apa impian korang?? setiap orang mesti ada impian tersendirikan begitu juga sarah .. Impian sarah yang utama sekali sarah nak pergi mekah, ermm..sungguh indahnya rumah ALLAH 
Insyaallah suatu hari nanti kalau dipanjangkan umur sarah nak pergi sana.. nak bawak mak ayah.. insyaallah..
Ni la impian yang paling besar sekali.. setiap kali tengok gambar ni.. mesti air mata sarah menitis.. emmm..tak boleh kata apa.. memang cantikkan... :') ..rasa sebak... rasa macam nak je pergi sane sekarang.. tapi tak mampu lagi... insyaallah lau diberikan rezeki yang lebih sarah akan jejakkan kaki ke sana.. YA ALLAH ..moga dipermudahkan segala-galanya.. 

P/S: dikesempatan ini juga sarah nak ucapkan selamat hari raya aidiladha kepada semua rakan-rakan blogger ..maaf sekiranya terkasar bahasa..tersilap penulisan atau sebagainya.. sememangnya diri ini tidak boleh lari dari melakukan kesalahan.. ..

➳♥ terima kasih daun keladi,ade mase baca lagi k..and jangan lupa like..=♥

Easy Peasy Giveaway by FD



klik banner untuk join


Senarai hadiah:

Plush toy LINE x 1, Powerbank Hello Kitty 5200 mAh x 1, barangan dekorasi x 1, MP3 x 1, Scented Powerbank 2600 mAh x 1, plain halfmoon shawl x 1, keychain Blogger x 3, bookmark limited edition x 5, topup RM5 x 2, voucher discount 10% untuk semua peserta


Easy Peasy Giveaway dianjurkan oleh Fatin Diana dan disponsor oleh Jasple Boutique, Preternatural Touch, Eymasu World Craft, Mojat Cerewet, dan Abam Ming.


Tamat 13 Oct 13, 10 malam

P/S: sarah x de twitter.. sarah follow istagram je ea... :) 


➳♥ terima kasih daun keladi,ade mase baca lagi k..and jangan lupa like..=♥

SPECIAL BIRTHDAY GIVEAWAY BERNILAI RM750

Hai awak semua... lama dah sarah tak join contest or GA ni kan.. hari ni sarah nak join satu GIVEAWAY ni dari blogger Nabila Medan ni..


Senarai Hadiah Yang Umpphh!
1 Set Produk Mary Kay Bernilai RM108
1 Pcs Bedak Arab Bernilai RM35
10 Pcs Shawl Thara Jenama Sugarscarf Bernilai RM43 Setiap Satu
2 Pcs Baju Bernilai RM50 & RM55
2 Pcs Bear Bernilai RM15 Setiap Satu
1 Pcs Krim Ibu Putih Ninaskincare Bernilai RM50
1 Pcs Shiseido Mask Hitam Bernilai RM1.50
1 Pcs Shiseido Mask Naturgo (Pek Oren) Bernilai RM1.50
1 Pcs Sabun Susu Beras Collagen KZ Brothers Bernilai RM8


 Tamat 10 Oktober 2013 (5 Petang)

➳♥ terima kasih daun keladi,ade mase baca lagi k..and jangan lupa like..=♥

MPG 2013


Hai semua.. apa khabar.. lama dah sarah tak update blog ni kan.. ada sape2 yang rindu kat sarah tak..?? ermmm.mesti tak de kan.. kesian... semalam berlangsungnya event yang kami buat iaitu event MPG atau nama panjangnya majlis pra graduasi untuk pelajar senior yang dah nak abis study... so kami buat la event ni untuk diorang.. 

Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar walaupun ada sedikit kelam kabut nak uruskan event ni.. ye la first time kitorang kena buat eventkan tak tau apa-apa lagi.. hehe.. ok.. event kami berlangsung di Taman Scientex hotel at pasir gudang.. 

Tema malam tu prom night "black red" ..

ni ade gambar sikit.. tak banyak pun .. sebab tak sempat ...huhu.. 





P/S: ok tu je yang sarah nak kongsikan.. hehe.. next week dah start final exam.. wish me luck ea... hope sem ni dapat buat yang terbaik then dapat kekalkan pointer 3.5 keatas.. amin.. i'm try..



➳♥ terima kasih daun keladi,ade mase baca lagi k..and jangan lupa like..=♥

My first projek animasi...


Jom tengok animasi sarah yang tak berapa nak jadi ni.. ni semua sebab buat kerja last minit.. haha.. ok maap tak menarik dan video nya agak pecah bila sarah upload at youtube ni,..huhu..ce komen sikit.. thank..
Minggu depan belajar 3D pulak.. 



➳♥ terima kasih daun keladi,ade mase baca lagi k..and jangan lupa like..=♥

First day raya with family

Hai semua.. selamat hari raya,,
macam mana raya kalian taun ni?? seronok tak?? bagi sarah raya taun ni tersangat-sangat la seronok sebab semua adik-beradik sarah ada.. auw... sweet memory... hope 2 tahun akan datang dapat kumpul camni lagi.. tu pun if dipanjangkan umur kami.. amin.. 
ok sarah nak share gamba raya je.. jom tengok.. 
My mom n dad
My big family



My Sibling







Sorry lambat upload sebab busy sikit.. hari ni baru sempat update blog ni.. ni semua gambar masa raya pertama.. :)

➳♥ terima kasih daun keladi,ade mase baca lagi k..and jangan lupa like..=♥