info
fb
About Me
Home
Kalau anda baik hati klik la iklan ni


Welcome To Semester 4


Hahai semua, hari ni sarah pergi daftar tok semester 4 .. hah.. tudia.. dah masuk sem 4 dah... tak sangka da 2 tahun da sarah dekat INSTEDT ni.. tinggal 2 sem lagi la sebelum grade kan.. cepatnya masa berlalu. Rasa macam baru je abis SPM 2011 dulu.. ni dah nak abis DIPLOMA... Masa berlalu dengan pantas.. inshaallah sarah cuba yang terbaik dalam sem 4 ni... nak dapatkan DEKAN lagi.. lau boleh la.. cukup lah nak kekalkan pointer.. hope boleh.. 

kalau tengok jadual sem ni tak lla padat sangat.. ada 5 subjek je.. tapi tu la  subjek2nya agak berat sikit la.. 
Antaranya : 
  • Etika Perkomputeran
  • Pengaturcaraan Java
  • Rangkaian Komputer
  • Sistem Perakaunan Berkomputer
  • Ko-Q(kelab pencinta alam)
Banyak2 subjek ni sarah macam suka kat subjek rangkaian, Networking.. aum.. memang minat..teringgat time skola menengah dulu.. wat cross cable dan straight cable 
(ni contohnya)
Kalau di ingatkan balik time sekolah dulu sarah ni agak malas orangnya, apa taknya ..dulu sarah asyik ponteng je.. dulu tak berapa minat sangat subjek ICT.. bukan ICT je.. semua la.. haha.. 
Tapi last2 sarah amik course IT macam mimpi lak.. budak yang degil , asyik kena marah , budak blur time kelas ICT ..amik course IT.. haha.. terbaik.. itu la di namakan takdir.. benda yang kita tak suka ...one day tu lah hala tuju kita... 

P/S: Sebenarnya alam kolej/ universiti ni tak sama dengan alam persekolahan.. If kita gagal masa sekolah tak semestinya kita akan gagal masa da masuk kolej / universiti right... sarah nak kongsi/ nak cerita sikit untuk perkongsian semua.. camne sarah leh dapat DEKAN every sem.. ( sem 1 je x dpt)

Ok macam ni..dulu.. sarah terpikir gak , sarah ingatkan bila kita nak sambung belajar ni susah.. sama dengan time sekolah.. tapi semua tu salah..Masa kita di kolej ni la paling senang kita nak berjaya.. Antara cara-caranya: 
  • If kita nak sambung belajar.. pilihlah course yang kita minat , jangan tersalah pilih course sebab nanti kita juga yang tak leh nak bawakkan.. (Sebab ni semua untuk masa depan kita).
  • Niat yang kita belajar untuk masa depan kita , bukan untuk main2. 
  • Focus bila Lecturer mengajar.
  • Buat ulangkaji bila kat rumah ( tu pada yang rajin la.. kalau sarah..ermm.. tak.. hehe.. dah kat rumah memang sarah tak belajar.. haha..tengok mood gak la..)
  • Buat segala asignment yang diberikan.. (PENTING !! sebab separuh markah kita adalah dari asignment )
  • Hadir ke kelas .. Jangan ponteng...ponteng... ( ni pun PENTING !! sebabnya..setiap kehadiran kita pun ada markah juga.. nanti markah final exam akan dicampur dengan kehadiran dan asignment..)
  • Berbaik-baik dengan lecturer.. ( ambik berkat tok belajar.. hehe.. )

Ermmm.. tu je la kot .. 
Kesimpulannya : If kita nak berjaya , mestilah berusaha dan berkorban sedikit masa untuk semua ni..Inshaallah satu hari nanti kita akan senang... Buat kerja dengan hati yang ikhlas untuk berjaya.. 

Target sarah untuk sem ni dan sem depan nanti : Nak capai 4 plat.. tapiii... tak pe la cuba dulu... sem ni nak cuba buat betul2 lagi.. nak kekalkan pointer , doakan sarah ea.. ^_^


➳♥ terima kasih daun keladi,ade mase baca lagi k..and jangan lupa like..=♥

2 Prince n Princess sedang komen:

Farah Waheda Wahid said...

wah dah semester 4, tahniah... All the best yer...

Pwincess sarah said...

@Farah Waheda Wahid : thank kak.. insha allah.. :)