info
fb
About Me
Home
Kalau anda baik hati klik la iklan ni



5th Anniversary Mini GA


Hai semua... sarah nak join GA lagi.. GA ni tamat 31/3... ehh...esok la.. sempat lagi tak?? 


Nak join tak??? klik je banner kat atas ni.. :)
Good luck


➳♥ terima kasih daun keladi,ade mase baca lagi k..and jangan lupa like..=♥

Final Exam...!!


Final exam...final exam... 
esok dah mula exam... first paper foundation english...huhu..caiyok...

Abis final ni... cuti....cuti sem.. yeahhh!!.. haha... 
then...then... masuklah semester 3.. huhu..cepatnya masa berlalukan.. ^_^


➳♥ terima kasih daun keladi,ade mase baca lagi k..and jangan lupa like..=♥

SPECIAL GIVEAWAY : BUAH TANGAN DARI LANGKAWI dari CF


Hai...dah lama dah sarah tak join mana2 GA atau pun contestkan.. tadi sarah belek2 lah dashboard sarah then jumpa GA ni apa lagi tanpa berlengah-lenggah sarah menyebokkan diri juga di ga ini.. jom tengok GA apa ..jom la ramai2 kita memeriahkan GA yang dianjurkan oleh Cikgu Fizi ni.. Good luck semua..
*Nak join? KLIK BANNER*


Akademi Insan Cikgu Fizi diusahakan sepenuhnya oleh Cikgu Fizi. AMIN CF ini yang berada di Akademi Insan Cikgu Fizi, No 7-2, Jln Melati Utama 4, Melati Utama, 53100 Setapak Kuala Lumpur. Cikgu Fizi juga ada menyediakan Bengkel bengkel untuk Anak Yatim di Seluruh 

Malaysia. Sila lawati CIKGU FIZI' untuk info tentang bengkel bengkel.
Cikgu Fizi juga ada menjual buku Karangan Luar Biasa untuk UPSR, SPM dan STPM. Jika berminat sila Hubungi Cikgu Fizi Tel : 011-15657522
.
Num Hp :  011-15657522

Pada 25/3/2013 Cikgu Fizi ke Langkawi untuk menjayakan satu Bengkel yang dadakan di sana. Bengkel ini untuk Anak anak yatim. Jadi sambil CF pegi Langkawi, CF ingin berkongsi rezeki dengan semua pengunjung blog www.cikgufizi.my. 

Inginkan Ole Ole dari Langkawi oleh Cikgu Fizi? Meh jon SINI. Hadiah memang gempak!!!!!






➳♥ terima kasih daun keladi,ade mase baca lagi k..and jangan lupa like..=♥

Jatuh Cinta Lagi!!!


Lagiii...lagggiiii..daaannnnn lagggiii..
sejak aku putus dengan si dia..hati ini begitu mudah untuk menyukai seseorang..
Tapiiiiiiiiii... hanya hati , diriku sendiri dan juga allah yang tahu siapakah jejaka yang bertuah tu...ngeh~.. bertuah la sangat.. ermmmm.. perasaan.. baru ni aku rasa macam ni... berdebar-debar bila dekat dengan dia... terasa malu bila berhadapan dengan dia.. tapi tiada siapa yang tahu hati ini....

Jika di suruh meluahkan perasaan ini pada dia..?? ooohhhh tidak... aku tidak mampu untuk meluahkan.. aku cuma mampu memendam perasaan.. sebab aku tak nak bertepuk sebelah tangan dan aku tak ingin ulangi kesilapan terdahulu, terlepas orang yang aku sayang. Sungguh pedih,sedih bila orang yang kita sayang tinggalkan kita kan.. no..no..no... sebab aku takkan baca buku yang telah aku baca berulang kali jika pada pengakhiran cerita tu adalah kesedihan. Sekiranya kita baca buku yang sama berulang kali, ia diibaratkan seperti kita ulang balik kesilapan kita walhal kita dah tau akan berulang semula peristiwa pahit itu. 

Berbalik pada cinta...Terkadang aku terpikir.. masih wujudkah cinta itu?? apakah erti cinta sebenar?? masih awal lagikah untuk aku mengenal erti cinta ??? cinta..CINTA.. perkataan itu sungguh menyakitkan.... kerana CINTA kita boleh menangis...kerana CINTA jugalah kita boleh bergembira... dugaan... 

kalau di fikir-fikirkan semula.. masih awal untuk aku mengenal erti cinta... lagi..lagi..mencari cinta itu.. biarlah cinta itu datang dengan sendirinya.....Mungkin masa aku dah bekerja aku jumpa CINTA sejati yang mana kita akan bersama sampai bila-bila... CINTA sekarang adalah cinta monyet bagiku...walaupun orang kata cinta monyet tu cuma masa waktu kita sekolahkan...tapi tak salah lau kita anggap cinta di alam kolej ni cinta monyet..sebab maksud cinta monyet adalah cinta yang kita tak pasti sama ada dia adalah soulmate kita atau bukan... 


I WAIT U MY SOULMATE... 
^_^ 
<3


➳♥ terima kasih daun keladi,ade mase baca lagi k..and jangan lupa like..=♥

Aiskrim Goreng..nyummy...


Hai..hai...holla.. sarah coming back.. wink...wink.. dah lama dah tak update blog ni.. huh..
Al-maklumlah dah nak finalkan.. lagi pun nak kena siapkan asignment lagi..tambah-tambah lagi dah nak final examkan.. :) Ok lah back to the point.. 

Hari ni sarah cuba buat ais krim goreng...nyumm...nyumm.. lagi..lagi makan time waktu panas ni kan.. tersangat2 la sedap..  jom tengok ais krim goreng sarah.. cekedop.. ^_^ 

Sebelum Di goreng

Selepas digoreng

Ce komen ...ce komen.. first trial...so tak berapa nak cantik.. tapi still sedap... my mom cakap boleh la buat lagi.. hehe.. boleh la... nanti leh wat banyak sikit.. 

ReSepi Ais krim Goreng :

BAHAN-BAHAN
- Beberapa roti potong (tak kesah la jenama apa.. nak beli roti hawai ke.. apa ke)
- Aiskrim beraneka rasa ( aiskrim mangkuk la)
- Cawan yang sederhana besar

CARA MEMBUAT
- Cedukkan ais krim dan letakkan di atas roti (lau nak senang guna skop aiskrim je)
- Letakkan sekeping roti lagi ( Buat macam bentuk sandwich)
- Ambil cawan dan tekupkan pada roti sehingga bercantum kedua-dua lapisan roti (lau nak lebih kemas potong dengan pisau..)
- Kemudian masukkan ke dalam peti sejuk bahagian atas sekali dalam beberapa jam (lau sarah..sarah buat malam.. petang baru goreng)
- Panaskan minyak sepanas-panasnya tau.. masukkan roti korang tu.. ermm masukkan dalam 1 or 2 minit je.. jangan lama sangat nanti aiskrim kat dalam tu cair pulak.. (dah nampak kekuningan angkat je) 

Selamat mencuba..




➳♥ terima kasih daun keladi,ade mase baca lagi k..and jangan lupa like..=♥