info
fb
About Me
Home
Kalau anda baik hati klik la iklan ni



Happy With Him..


Hai semua, lama dah sarah tak update blogkan . Kesian blog ni dah berhabuk , tak terurus dah ...haha.. ok lah berbalik kepada tajuk , ermmm.. sarah nak story about my lovely , Siapa ?? capital S.N a.k.a Syed Nazrin.. siapa tu..?? hah... ni la yang sarah nak habaq kat hampa semua.. dia ni lah yang dah curi hati sarah.. ishh.. 

18 Oktober 2013 , 
Tarikh dimana sarah terima dia sebagai pakwe sarah ( 18...haha.. the best date .. why?? sebabnya besday sarah pun 18.. tapi 18/8... hehe... sebenarnya sarah tak tau pun tarikh haritu 18.. tak ingat , lepas sarah tengok kalendar at hpone baru sarah perasan..haha.. tak rancang pun semua tu) . Sarah harap la dia yang terakhir bagi sarah , dah cukup pedih dah hati ni . Dah banyak kali dah sakit hati sebab lelaki. Hope dia tak la kan... ermmm.. 2/11/2013 hari sabtu ni dia nak datang rumah nak kenal2 dengan my parent , hope berjalan dengan lancar . Takut gak ni.. (sarah yang takut..hehe) .. tinggal 2 hari je lagi.. 


tak sesweet korang.. ^_^ if ada jodoh kami akan bersatu.. amin.. 






➳♥ terima kasih daun keladi,ade mase baca lagi k..and jangan lupa like..=♥

Sahabat Until Jannah


Hai semua , salam jumaat buat semua . Hari ni sarah nak cerita tentang sahabat-sahabat sarah , sejujurnya sarah tak ada kawan yang betul2 rapat dialam realiti ni , tapi mereka ini adalah insan yang selalu ada diwaktu sarah memerlukannya , pada sarah merekalah sahabat dunia akhirat . Insyaallah.. 


Siapakah itu?? haha.. ni lah twin sarah yang paling poyo.. haha.. ops..!! jangan marah twin.. 
Kenapa twin?? sebabnya birthday dia sama ngan sarah. 18/8/1994 .. kami mula2 kenal dari facebook.. hah pelikkan.. tak pelik pun sebenarnya.. haha.. tapi leh rapat , lau teringat masa mula-mula macam lawak pulak , masa first jumpa dia at kota dulu . budak ni la yang beli felt craft sarah.. haha.. aptb. kan twin kan.. bek mengaku. :P .. (jangan marah kita pulak k) 
Ok btw nama dia shahrol Nizam .. dia ada blog juga.. nah follow la blog dia misterappleblog

seterusnya.......


Next.. Nama panggilan dia ewan.. dia ni . ermm.. tak tau nak cakap macam mana , sarah rasa pelik kenapa sarah boleh kenal ngan dia, hah.. sarah rasa serasi dengan dia walaupun baru kenal. Ntah kenapa sarah rasa selesa berkawan dengan dia, sarah selalu story cerita at dia , dia setia dengar luahan hati sarah . Thank awak, hope kita akan jadi kawan sampai bila-bila ok.. 


Nama dia ecah , sarah kenal dia at facebook je dari group KAMI GENERASI 1994 , dia ni baik tau..sarah rasa macam dah kenal rapat je dengan dia , dia ni friendly and sporting . memang best lau dapat kenal ngan dia.. 



P/S: awak..awak semua..sarah cilok gmba korang tau... hehe.. sorry.. sarah minta izin amik gamba korang.. sayang korang semua.. :) FRIEND FOREVER




➳♥ terima kasih daun keladi,ade mase baca lagi k..and jangan lupa like..=♥

Berrteka teki dengan hati


Setiap orang mesti ada crush kan.. atau lebih tepat sekali ada seseorang yang korang minat.. ermm.. sarah?? ok.. tipu lah kalau tak ada... dulu sarah minat dekat seseorang ni.. namanya capital A(nama dirahsiakan) ..ntah bila bertentang mata dengan dia mesti perasaan ni rasa lain.. rasa berdebar-debar.. ni ke yang dinamakan cinta? ntah la sebab kalau tengok dia dekat ngan perempuan mesti hati ni rasa marah.. adoyai..tak pernah rasa macam tu selama ni... tapi sarah rasa macam sarah ni bertepuk sebelah tangan je kot .. dia tak de perasaan pape at sarah.. dah setahun lebih kot sarah pendam perasaan ni, terbaikkan..ehh rasanya dah nak dekat 2 tahun da.. hehe..siapa orangnya? biarlah rahsia.. biarlah perasaan tu kekal tersimpan sampai bila-bila.. biarlah sarah sorang je yang tau siapa orangnya...if de jodoh dia takkan kemana.. sarah dah penat dah tunggu dia.. tunggu bila dia nak nyatakan perasaan dia.. nape tak tanya dia? erm..ermm.. tu bukan sarah.. sarah ni pemalu. so payah la nak nampak sarah luahkan perasaan kat orang... lebih suka pendam je.. hehe

Biarlah dia menjadi masa silam dan kenangan yang tak pernah dilupakan.. sekarang sarah dah ada capital S.N ... hope kitorang kekal sampai hujung nyawa... sarah sayang dia.. sarah harap dia takkan kecewakan sarah.. takkan buat sarah sedih.. takkan curang ngan sarah...kalau ada jodoh kami akan bersatu one day... amin.. ^_^ 



➳♥ terima kasih daun keladi,ade mase baca lagi k..and jangan lupa like..=♥

ImpianKu #1


Hai semua.. lama dah sarah tak update blog, ermm.. kalau nak diikutkan hati memang malas nak update tapi disebabkan dah lama dah tinggalkan dunia blog ni jadi sarah nak mulakan semula.. tak lama lagi dah start cuti semester untuk semester ni.. tinggal dua paper je lagi ..then cuti.. ermm.. cuti ni tak tau la nak buat apa.. tak ada rancangan lagi maybe nak start berkraf kumpul duit sikit la.. emmm.. ok la sebelum sarah melalut ntah pape ..baik sarah balik semula ke entry ni.. haha

Firstly sarah nak tanya apa impian korang?? setiap orang mesti ada impian tersendirikan begitu juga sarah .. Impian sarah yang utama sekali sarah nak pergi mekah, ermm..sungguh indahnya rumah ALLAH 
Insyaallah suatu hari nanti kalau dipanjangkan umur sarah nak pergi sana.. nak bawak mak ayah.. insyaallah..
Ni la impian yang paling besar sekali.. setiap kali tengok gambar ni.. mesti air mata sarah menitis.. emmm..tak boleh kata apa.. memang cantikkan... :') ..rasa sebak... rasa macam nak je pergi sane sekarang.. tapi tak mampu lagi... insyaallah lau diberikan rezeki yang lebih sarah akan jejakkan kaki ke sana.. YA ALLAH ..moga dipermudahkan segala-galanya.. 

P/S: dikesempatan ini juga sarah nak ucapkan selamat hari raya aidiladha kepada semua rakan-rakan blogger ..maaf sekiranya terkasar bahasa..tersilap penulisan atau sebagainya.. sememangnya diri ini tidak boleh lari dari melakukan kesalahan.. ..

➳♥ terima kasih daun keladi,ade mase baca lagi k..and jangan lupa like..=♥

Easy Peasy Giveaway by FD



klik banner untuk join


Senarai hadiah:

Plush toy LINE x 1, Powerbank Hello Kitty 5200 mAh x 1, barangan dekorasi x 1, MP3 x 1, Scented Powerbank 2600 mAh x 1, plain halfmoon shawl x 1, keychain Blogger x 3, bookmark limited edition x 5, topup RM5 x 2, voucher discount 10% untuk semua peserta


Easy Peasy Giveaway dianjurkan oleh Fatin Diana dan disponsor oleh Jasple Boutique, Preternatural Touch, Eymasu World Craft, Mojat Cerewet, dan Abam Ming.


Tamat 13 Oct 13, 10 malam

P/S: sarah x de twitter.. sarah follow istagram je ea... :) 


➳♥ terima kasih daun keladi,ade mase baca lagi k..and jangan lupa like..=♥

SPECIAL BIRTHDAY GIVEAWAY BERNILAI RM750

Hai awak semua... lama dah sarah tak join contest or GA ni kan.. hari ni sarah nak join satu GIVEAWAY ni dari blogger Nabila Medan ni..


Senarai Hadiah Yang Umpphh!
1 Set Produk Mary Kay Bernilai RM108
1 Pcs Bedak Arab Bernilai RM35
10 Pcs Shawl Thara Jenama Sugarscarf Bernilai RM43 Setiap Satu
2 Pcs Baju Bernilai RM50 & RM55
2 Pcs Bear Bernilai RM15 Setiap Satu
1 Pcs Krim Ibu Putih Ninaskincare Bernilai RM50
1 Pcs Shiseido Mask Hitam Bernilai RM1.50
1 Pcs Shiseido Mask Naturgo (Pek Oren) Bernilai RM1.50
1 Pcs Sabun Susu Beras Collagen KZ Brothers Bernilai RM8


 Tamat 10 Oktober 2013 (5 Petang)

➳♥ terima kasih daun keladi,ade mase baca lagi k..and jangan lupa like..=♥