info
fb
About Me
Home
Kalau anda baik hati klik la iklan ni



Jadual Pembelajaran for Semester 4..

Hahai... semalam , sarah gi kolej.. buat apa?? hah.. gi daftar la..daftar untuk sem 4 ni.. Semalam salin jadual sekali... Semalamkan sarah ada update sal subjek sarah untuk sem ni kan.. sekarang sarah nak tunjuk jadualnya lak.. Macam seronok je ..macam seronok je jadual kali ni.. jap ea.. tengok ni..
(nampak tak?? lau tak nampak klik kat gamba tu untuk tumbesaran)
Penat tau sarah buat jadual ni.. haha.. 

Sem ni macam seronok je , sebabnya tak de kelas pagi.. lepas tu.. tak la padat sangat macam sem lepas , sampaikan nak buat asignment pun tak cukup masa. kali ni inshaallah boleh.. yeaahhhh!! i can do it ... wish me succes ..ok.. ^_^

P/S: Apa yg penting subjek BI tak de sem ni.. haha.. oh my english... !!.. :D

➳♥ terima kasih daun keladi,ade mase baca lagi k..and jangan lupa like..=♥

Welcome To Semester 4


Hahai semua, hari ni sarah pergi daftar tok semester 4 .. hah.. tudia.. dah masuk sem 4 dah... tak sangka da 2 tahun da sarah dekat INSTEDT ni.. tinggal 2 sem lagi la sebelum grade kan.. cepatnya masa berlalu. Rasa macam baru je abis SPM 2011 dulu.. ni dah nak abis DIPLOMA... Masa berlalu dengan pantas.. inshaallah sarah cuba yang terbaik dalam sem 4 ni... nak dapatkan DEKAN lagi.. lau boleh la.. cukup lah nak kekalkan pointer.. hope boleh.. 

kalau tengok jadual sem ni tak lla padat sangat.. ada 5 subjek je.. tapi tu la  subjek2nya agak berat sikit la.. 
Antaranya : 
  • Etika Perkomputeran
  • Pengaturcaraan Java
  • Rangkaian Komputer
  • Sistem Perakaunan Berkomputer
  • Ko-Q(kelab pencinta alam)
Banyak2 subjek ni sarah macam suka kat subjek rangkaian, Networking.. aum.. memang minat..teringgat time skola menengah dulu.. wat cross cable dan straight cable 
(ni contohnya)
Kalau di ingatkan balik time sekolah dulu sarah ni agak malas orangnya, apa taknya ..dulu sarah asyik ponteng je.. dulu tak berapa minat sangat subjek ICT.. bukan ICT je.. semua la.. haha.. 
Tapi last2 sarah amik course IT macam mimpi lak.. budak yang degil , asyik kena marah , budak blur time kelas ICT ..amik course IT.. haha.. terbaik.. itu la di namakan takdir.. benda yang kita tak suka ...one day tu lah hala tuju kita... 

P/S: Sebenarnya alam kolej/ universiti ni tak sama dengan alam persekolahan.. If kita gagal masa sekolah tak semestinya kita akan gagal masa da masuk kolej / universiti right... sarah nak kongsi/ nak cerita sikit untuk perkongsian semua.. camne sarah leh dapat DEKAN every sem.. ( sem 1 je x dpt)

Ok macam ni..dulu.. sarah terpikir gak , sarah ingatkan bila kita nak sambung belajar ni susah.. sama dengan time sekolah.. tapi semua tu salah..Masa kita di kolej ni la paling senang kita nak berjaya.. Antara cara-caranya: 
  • If kita nak sambung belajar.. pilihlah course yang kita minat , jangan tersalah pilih course sebab nanti kita juga yang tak leh nak bawakkan.. (Sebab ni semua untuk masa depan kita).
  • Niat yang kita belajar untuk masa depan kita , bukan untuk main2. 
  • Focus bila Lecturer mengajar.
  • Buat ulangkaji bila kat rumah ( tu pada yang rajin la.. kalau sarah..ermm.. tak.. hehe.. dah kat rumah memang sarah tak belajar.. haha..tengok mood gak la..)
  • Buat segala asignment yang diberikan.. (PENTING !! sebab separuh markah kita adalah dari asignment )
  • Hadir ke kelas .. Jangan ponteng...ponteng... ( ni pun PENTING !! sebabnya..setiap kehadiran kita pun ada markah juga.. nanti markah final exam akan dicampur dengan kehadiran dan asignment..)
  • Berbaik-baik dengan lecturer.. ( ambik berkat tok belajar.. hehe.. )

Ermmm.. tu je la kot .. 
Kesimpulannya : If kita nak berjaya , mestilah berusaha dan berkorban sedikit masa untuk semua ni..Inshaallah satu hari nanti kita akan senang... Buat kerja dengan hati yang ikhlas untuk berjaya.. 

Target sarah untuk sem ni dan sem depan nanti : Nak capai 4 plat.. tapiii... tak pe la cuba dulu... sem ni nak cuba buat betul2 lagi.. nak kekalkan pointer , doakan sarah ea.. ^_^


➳♥ terima kasih daun keladi,ade mase baca lagi k..and jangan lupa like..=♥

Result Semester 3 dah keluar..


Alhamdulillah , tak ku sangka semester ni sarah boleh kekalkan lagi pointer.. alhamdulillah ya allah.. PNGK pun meningkat sem ni.. tapi sarah bersyukur sangat. Walaupun sem ni agak kelam kabut dengan asignment yang lambat hantar, tapi alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar.. Terharu, gembira semua ada.. hope boleh kekalkan pointer ni untuk 2 sem yang akan datang.. i can do it.. sikit lagi sarah akan menghabiskan pengajian ni.. 2 sem je lagi... naik ni dah masuk sem 4.. so sem 3 ni akan jadi pengajaran dan semangat untuk sarah untuk berjaya.. 

Selain tu.. terima kasih juga kepada lecturer2 sarah yang dah mengajar, thank juga kepada classmate sarah yang banyak membantu dan memberi sokongan.. alhamdulillah.. result korang pun ok kan.. insyaallah sem depan kita usaha lagi ok.. tinggal setahun lebih je lagi kita bersama.. harap persahabatan kita akan kekal sampai bila2 ... :) GOOD LUCK semua.. 

MY CLASSMATE


➳♥ terima kasih daun keladi,ade mase baca lagi k..and jangan lupa like..=♥

My Craft


Hai semua.. Rindu...rindu nak mengupdate blog ni.. rindu dengan blog teddy yang comel ni. hahax.. ok perasan.. 
Korang semua apa khabar?? sarah harap korang sihat2 belaka ok.. ermmm. berbalik pada tajuk entry ni.. sarah nak story sikit.. ehh..bukan..bukan.. sebenarnya nak tunjuk hasil handmade sarah(hasil kraf) .. sebenarnya sarah dapat tempahan dari kawan sarah.. dia suruh buat keychain.. alhamdulillah rezeki time cuti sem ni... walaupun tak berapa banyak tapi lepas tok belanja.. hehe..nak tengok x?? nak tengok x?? meyh tengok kat bawah ni.. 
RM 8.50..

Keychain minion couple
RM16 sepasang

Keychain felt nama(depan belakang)
RM 4 ( 1-5 huruf) lau lebih huruf akan di cas RM 0.20 

kawan sarah ni order 2..tu gambaran depan dan belakangnya.

Ok tu je la yang sarah buat time cuti semester kali ni.. ermm.. tinggal bape minggu je lagi sebelum naik kuliah balik.. Esok result final exam kuar.. hope semuanya ok la.. 


➳♥ terima kasih daun keladi,ade mase baca lagi k..and jangan lupa like..=♥

MINI GIVE AWAY BY T-SHIRT MUDAH TERENGGANU PART 4


Dah lama tak join Giveaway ...hari ni nak join gi la.. jom..jom..mana tau rezeki korang.. ^_^



(klik banner ni if nak join)

➳♥ terima kasih daun keladi,ade mase baca lagi k..and jangan lupa like..=♥