info
fb
About Me
Home
Kalau anda baik hati klik la iklan ni



cooking time: Kek coklat lapis keju kukus

Haii semua sebenarnya semalam sarah de buat kek.. 
Ni hah kek sarah


Sebenarnya kek ni sarah buat sempena besday sarah 18/8 yang lepas.. taun ni x dapat kek so sarah cuba buat kek sendiri mengikut citarasa sarah.. so decorate ikot apa yg sarah imaginekan.. camni la hasilnya.. comotkan.. tapi jangan luaran ..rasa dulu baru tau camne.. Awesome. MISSION COMPLETE.. 

untuk pengetahuan korang ni first time tau sarah buat kek yang macam ni..selalu buat puding je... hehe.. oklah disebabkan sarah dah berjaya buat kek ni so sarah nak kongsi resepinya. ok cekedout.. 

BAHAN-BAHAN KEK COKLAT
2 biji telur
1 cawan gula halus
1 sudu teh esen vanilla
secubit garam
1/2 cawan air panas
1/2 cawan susu segar(guna susu cair pun bole.. sarah guna susu segar dutch lady yg fullcream)
1/2 cawan minyak jagung
1 cawan tepung gandum
3 sudu besar serbuk koko
1 sudu teh soda bicarbonate
1/2 sudu teh baking powder
(bahan yg bertanda * disatukan dan diayak)

BAHAN-BAHAN LAPISAN CHEESE
250 gram krim cheese (sarah guna jenama tatura cream cheese)
60 gram gula halus
1 biji telur
1 sudu besar air
1 sudu besar tepung gandum

BAHAN-BAHAN CHOC GANACHE
Coklat Masakan (sarah guna 250 gram)
Whipping cream (sarah beli yang cam at bawah ni.. sarah guna setengah je dari kotak tu..sbb coklat x byk)
1 sudu besar butter

CARA MEMBUATNYA:
  1. Panaskan kukusan. lenserkaan loyang kek tu dengan sedikit butter, kemudian alas dasar loyang dengan kertas minyak, lenserkan lagi butter ke atas kertas minyak dan tepi-tepi loyang( ini untuk mengelakkan kek kita melekat pada loyang). 
  2. First kita buat adunan kek coklat :                                                                                     Putar telur dan gula sehingga kembang dan pekat, masukkan esen vanila dan secubit garam, putar rata. Kemudian masukkan susu segar, minyak jagung dan air panas, putar sehinggan sebati dengan kelajuan sederhana. Selepas itu, masukkan bahan2 yang telah di ayak tadi sedikit demi sedikit sehinggan habis, Putar rata dan matikan mixer sekira adunan sudah sebati.. Bahagikan kepada 2 bahagian sama banyak dan ketepikan dahulu.
  3. Seterusnya buat adunan lapisan keju :                                                                             Putar krim cheese dan gula sehinggan sebati. Kemudian masukkan telur, putar sehingga kembang. Setelah itu, tambah tepung dan air(mengikut sukatan yg telah ditetapkan tdi), putar sehingga sebati dan tidak berketul-ketul.
  4. Setelah kedua-dua adunan siap dan periuk kukusan sudah panas. Tuangkan satu bahagian kek coklat tadi ke dalam loyang tadi. Ratakan dan tutup dengan aluminium foil(x tutup pun x pe..aluminium foil ni utk mengelakkan wap air masuk dalam kek je) Kukus selama 20 minit menggunakan api sederhana. Kemudian tuang pula adunan krim cheese tadi , ratakan dan sambung kukus selama 20 minit lagi. Selepas itu, tuang baki bahagian kek coklat di atas lapisan cheese dan sambung kukus selama 45minit atau sehingga kek masak (untuk memastikan kek tersebut dah masak ke belum, cucuk dengan menggunakan lidi sate di bahagian tengah kek atau bahagian lain.. sekiranya kek tidak melekat pada lidi, bermakna kek tersebut sudah masak.)
  5. Sejukkan kek tersebut, kemudian boleh dikeluarkan dari loyang dan boleh dihidangkan atau menghiasnya dengan lapisan choc ganache.
  6. Cara membuat choc ganache :   Panaskan Choclate masakan dan whipping cream menggunakan teknik double boil.. setelah coklat cair dan sebati .. matikan api dan masukkan sedikit butter.. sebatikan.. (masukkan ke dalam bekas untuk dikeraskan sedikit ataupun terus siram di atas kek tadi.. untuk mendapatkan texture yg melting..kalau nk bentuk cam kek kat kedai tu better keraskan dulu.. sebab coklat ni cair.. )
Okk..sekiann..selamat mencuba... 
Ni hasil kek sarah bila dah di potong





➳♥ terima kasih daun keladi,ade mase baca lagi k..and jangan lupa like..=♥

Dolan-dolan la kita..

Hai olsss..
Nak teroback gambar2 masa kat taman botani and putrajaya ari sabtu yang lepas.. pas akak abis interview je kat sks bus tu kitorang terus jalan2 kat putrajaya.. happy day.. berselfie la kami kat sane..hehe..







➳♥ terima kasih daun keladi,ade mase baca lagi k..and jangan lupa like..=♥

Wait my birthday..

Auww.. haha.. lama dah sarah tak update belog ni...dah bersemak dah..haha.. jom tolong sarah gotong royong.. wink..wink.. haha.. 
Ok lahh.. sebelum tu sarah nak ucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin, ampun maaf sekiranya sarah terbuat salah dengan kamu-kamu semua samaada secara tidak langsung mahupun tersengajakan.. hehe.. kosong-kosong ye.. 
Back ke tajuk kita.. hahhh.. tudia.. besday sarah da nak dekat da.. wahhh.. dah nak tua da sarah ni.. aishhh.. 18/8 birthday sarah.. so genaplah umur sarah yang ke 20tahun. uitt... cam x caya lak dah masuk 20-an..haha... besar dah kita.. harap perangai kebudak-budakan sarah ni hilanglah jadi matang sikit.. huhu.. 
Azam tahun ni nak ubah diri sikit demi sedikit.. mudah-mudahan berjaya.. aminnn.. 

Tu je la yang sarah nak story tok hari ni.. lau de masa nanti sarah update lagi ye.. rindu nak mengarang panjang2.. tapi sekarang agak bz sikit ngan projek final.. ye la.. last sem kan.. tu yang cam tak cukup masa je... hehe.. tata semua.. 



➳♥ terima kasih daun keladi,ade mase baca lagi k..and jangan lupa like..=♥