info
fb
About Me
Home
Kalau anda baik hati klik la iklan ni


Imbas kembali :Praktikal dan majlis ketua eksekutif (INSTEDT)


Hai..hai.. dah lama dah nak update blog tapi tak ada masa
Ye la sebelum ni busy dengan latihan industri/praktikal lepas tu busy dengan final projek latihan industri.. macam-macam la tak busy pun saja membusykan diri.. haha.. ok back to the point.. 
sarah dah pun tamat latihan industri di Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) dari bulan 12 hingga bulan 2 tahun ni.. Alhamdulillah banyak benda yang sarah belajar kat sana, pelbagai pengalaman yang sarah lalui semasa berkhidmat di syarikat kerajaan ni. Sejujurnya sebelum ni sarah memang tak de pengalaman bekerja pun lepas dah kenal dengan staf-staf kat situ banyak gak la ilmu yang sarah dapat dalam masa yang singkat ni.. diorang semua pun sporting-sporting tak sombong.. lepas dah tamat ni rindu lak kat diorang.. haha.. ngadakan sarah ni.. 
Yang ni gambar masa rombongan ke cawangan2 kejora. Gambar ramai-ramai antara staf baru, budak-budak praktikal dan staf-staf yang mengendalikan program ni

Yang ni pula masa last day sarah praktikal with mereka-mereka yang tersayang.. diorang ni member sarah masa praktikal kat sana, ada lagi 3 orang tapi yang dua tu da habis dulu.. yang sorang lagi da balik tak sempat nak bergambar.. sorry nana.. ^_^

Next entry sarah nak ceritakan pasal majlis anugerah ketua eksekutif INSTEDT
apa tu?? jadi ketua ke..?? haha.. tak la.. ni sebenarnya anugerah dekan.. ala anugerah/ penghargaan yang diberikan kepada pelajar-pelajar yang dapat pointer 3.50 ke atas.. alhamdulillah 2 sem akhir ni sarah dapat lagi anugerah tu.. bersyukur sangat, tak sangka budak yang malas masa sekolah boleh berjaya sampai sekarang. tulah orang kata hendak seribu daya tak hendak seribu dalih, setiap orang boleh je berjaya kalau dia berusaha. 

kat bawah ni ada sikit gambar-gambar sarah.


(Klik gambar untuk tumbesaran)



➳♥ terima kasih daun keladi,ade mase baca lagi k..and jangan lupa like..=♥